Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Risiko Berkepala Botak Diburu Oleh Pengamal Ilmu Hitam!

Memang mengarut kepercayaan ni!

Published

on

Walaupun tajuk kedengaran menyeramkan, tapi kita masih selamat kerana ia tidak berlaku di negara kita. Kalau tidak, mungkin abang-abang botak dah bersembunyi di dalam bilik. Menurut sumber, mereka yang berkepala botak ini bukan sekadar dicari di sebuah negara di benua Afrika, tetapi turut dibunuh dek kerana percaya dengan kepercayaan amalan ilmu hitam tok dukun di sana.

Sekitar tahun 2019, dilaporkan sekurang-kurangnya lima lelaki mati dibunuh di Mozambique berpunca daripada kepercayaan ilmu hitam. Menerusi siasatan pihak polis di sana, mereka mendapati kelima-lima lelaki ini mempunyai satu persamaan, iaitu berkepala botak. Jadi buat anda yang berkepala botak, mungkin anda dalam bahaya sekiranya melawat ke negara Mozambique.

Jadi persoalannya, kenapa mereka yang berkepala botak diburu di negara tersebut? Menurut kepercayaan pawang-pawang di sana, mereka mempercayai kepala lelaki yang botak mengandungi emas. Bagaimanapun, ada juga ura-ura mengatakan kepercayaan itu sengaja diciptakan oleh pawang-pawang di sana bagi memudahkan kerja mereka mendapatkan kepala manusia untuk upacara ilmu hitam tertentu. Kepala manusia dan anggota badan yang lain dikatakan boleh digunakan untuk mendatangkan hasil kekayaan kepada pelanggannya.

Kepercayaan Tahyul Yang Melampau

Kepercayaan di negara Mozambique dilihat agak melampau kerana mengakibatkan nyawa mereka yang tidak berdosa melayang. Ia dilihat sebagai satu kepercayaan hanya untuk tujuan peribadi sahaja. Yang peliknya, ada juga pelanggan-pelanggan kepada pawang tersebut yang mempercayainya dan dengan rela diri memenggal kepala lelaki botak. Memang masyarakat di sana juga dikatakan mempercayai lelaki yang botak mempunyai harta yang banyak.

Sejak bulan Jun 2019, pihak polis Mozambique telah memberi amaran kepada para lelaki yang ingin membotakkan kepala mereka. Agak tidak adil juga buat masyarakat di sana sebab tak boleh nak buat fesyen rambut yang mereka inginkan. Tapi itulah keadaan masyarakat di sana yang mana masih ada sesetengah mempercayai kepercayaan karut itu sehingga sanggup membunuh. 

Bagi kita, walaupun ia kedengaran karut, tetapi lelaki botak di Mozambique tetap hidup dalam ketakutan. Mereka takut untuk mendedahkan kepala botak mereka sehingga ada yang hanya duduk di rumah. Di negara kita pula, bernasib baik tidak ada kepercayaan karut sebegini. Nak cukur kepala botak licin untuk tujuan amal pun boleh.

Baca juga artikel menarik lain:

Bunuh Dan Makan 17 Mangsanya, Jeffrey Dahmer Akhirnya Dibunuh Dalam Penjara

‘Bunuh’ Kekasih Untuk Demi Jumlah Tontonan Video Live Sehingga Tergamak Merakam Kematiannya

 

 

 

Sumber daripada: Face to Face Africa

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement