Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Reunion? Lu Orang Tau Cerita Apa?” Warganet Tertanya-Tanya Bila Gangster KL Nak Kembali

Shamsul juga sebelum ini seolah sudah memberi bayangan bahawa dia akan menghasilkan satu lagi filem dari francais KL Gangster yang dipercayai berjudul ‘KL Gangster 3 : The Finale’

Published

on

Muzim pandemik kali ini banyak penggambaran filem dan drama terpaksa ditangguhkan buat seketika memandangkan kita perlu mematuhi prosedure operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Oleh itu, sudah pasti ramai yang rindukan menonton filem pecah panggung. Salah satu filem yang dinanti semestinya filem arahan pengarah dan pelakon Shamsul Yusof iaitu KL Gangster.

Filem KL Gangster mempunyai peminat mereka sendiri walaupun sudah hampir 10 tahun ditayangkan bermula dengan filem KL Gangster (2011) diikuti KL Gangter 2 (2013). Penampilan barisan aktor-aktor hebat lebih membuatkan filem ini masih ditonton dan diminati ramai.

Terbaru pelakon, barisan pelakon filem KL Gangster iaitu Aaron Aziz, Ady Putra, Soffi Jikan, Syamsul Yusof dan Adam Corrie berkongsi gambar mereka bersama dan telah membuatkan warganet tertanya-tanya adakah dilem mereka bersama bakal dikeluarkan tidak lama lagi? Lebih menarik apabila gambar berkenaan turut dikongsikan setiap mereka di laman Instagram masing-masing.

Perkongsian daripada barisan pelakon-pelakon hebat tersebut membuatkan orang ramai mula mengimbau skrip serta watak-watak aktor di dalam filem aksi tersebut. Ramai yang turut meluahkan rasa teruja mereka dan menyifatkan itu petanda bahawa ada ‘buah tangan’ yang akan diberikan Shamsul Yusof kepada peminat filem tersebut. Lebih menguatkan telahan tersebut, Shamsul sebelum ini seolah sudah memberi bayangan bahawa dia akan menghasilkan satu lagi filem dari francais KL Gangster yang dipercayai berjudul ‘KL Gangster 3 : The Finale’

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Biniku Gangster!” – Isteri Cekak Pinggang Tanya Suami Bila Nak Balik

Kenali 5 Organisasi Jenayah Terbesar Dan Menggerunkan Di Dunia

Sumber: Aaron Aziz dan Syamsul Yusof

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement