Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

‘Rap Sedap, Nyanyi Sedap, Mengaji Pun Sedap’ – Ramai Terpesona Kemerduan Zizi Kirana Mengaji

Nampak manis je Zizi Kirana Berhijab…

Published

on

Bila sebut nama Zizi Kirana, mungkin yang terbayang dalam kepala kebanyakan kita adalah kehebatan dia rap dan imej seksi yang sering ditonjolkan. Namun, itu mungkin akan menjadi kisahnya yang dahulu apabila ramai yang mendoakan agar Zizi mendapat hidayah selepas tular video dia mengaji.

Image via: Instagram

Video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok milik artis ini telah menerima pujian warganet. Ramai yang terpesona dengan kemerduan dan kelunakan suara Zizi mengaji. Memang agak terkejut, bukan sekadar pandai rap dan menyanyi, tapi mengaji pun lancar dan sedap. Dalam rakaman itu kelihatan Zizi berpakaian serba hijau lengkap dengan tudungnya. 

@kir4n4Pertama kali tampil mengaji di kaca TV , mau tercabut lutut 😬 InsyaAllah saya akan terus belajar lagi ❤️ ##RahsiaRamadhan♬ original sound – Zizi Kirana

Dalam pada itu, ada juga mendakwa mengenali Zizi yang pernah menjadi ustazah dan mengajar mengaji di Semporna, Sabah. Tidak pasti sama ada dakwaan warganet itu benar ataupun tidak, tapi mungkin sebab itu juga Zizi ni pandai mengaji.

Menurut Zizi, ia merupakan kali pertama dia mengaji di kaca TV, dan rakaman tersebut dibuat untuk sebuah program yang akan disirakan pada bulan Ramadan nanti. 

Terdahulu, Zizi menegur dan memohon kepada pengguna laman sosial terutama peminatnya untuk memberikan dia masa bagi memadam semua gambar seksinya dalam Instagram. Dia juga meminta peminatnya untuk bersabar dan tidak cepat melatah serta mendesak dirinya mengikut telunjuk mereka. Apa-apa pun, memang ramai yang mendoakan agar Zizi istiqomah untuk berhijab selepas ini. 

Baca juga artikel menarik lain:

‘Berlakon Jadi Gedik Pun Orang Tak Kecam’ – Netizen ‘Geram’ Nora Danish Tak Dimamah Usia

Kehilangan Jack Ma Cetus Misteri, Dikuatiri Ada Kaitan Selepas Kritik Kerajaan China

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement