Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Ramai Puji Ustaz Ebit Lew Beli Dua Lori Tanker Air Bantu Penduduk Selangor Yang Terjejas

Sekali lagi Ustaz Ebit Lew bantu mereka yang kurang bernasib baik…

Published

on

Ustaz Ebit Lew sememangnya sudah terkenal dengan sikap suka membantu golongan yang berada dalam kesusahan. Terbaharu, sikap prihatin Ebit Lew dengan nasib penduduk di Selangor yang mengalami gangguan bekalan air menyaksikan dia membeli dua lori besar air untuk diagihkan bagi membantu penduduk di kawasan yang terjejas.

Melalui perkongsian di laman Facebooknya, susulan ketiadaan air di kawasan kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat sejak 19 Oktober, Ebit Lew telah membuat agihan bekalan air tersebut kepada penduduk di kawasan pinggiran Batu Cave, Gombak sejak malam tadi.

“Sayu rasa hati, Selangor tiada air. Saya beli dua lori besar air untuk diagihkan. Dari 10 malam kami keluar rumah uruskan sehingga ke subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di kawasan pinggiran Batu Cave,” katanya.

Melalui perkongsian gambar juga boleh dilihat wajah penduduk di situ yang kelihatan sayu, namun dalam masa sama gembira menerima bantuan bekalan air. Rata-rata warganet memuji tindakan Ebit Lew dan mendoakan segala urusannya dipermudahkan.

Terdahulu, dilaporkan terdapat satu lagi insiden pencemaran sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor semalam. Susulan itu, arahan henti tugas telah dikeluarkan untuk Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, dan Fasa 3 serta Rantau Panjang yang mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan 1,196,457 akaun merangkumi 1,292 kawasan.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Masalah air, Sultan Selangor zahir dukacita

[TERKINI] Lebih 1.1 Juta Pengguna Di KL – Selangor Alami Gangguan Bekalan Air Hari Ini

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Kosmo!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement