Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Pulang Buku Selepas Hampir 60 Tahun, Ini Jumlah Denda Yang Perlu Dibayar

Dah pinjam tu pulanglah semula…

Published

on

Jika anda sebagai seorang pelajar, tentu sekali buku yang dipinjam di perpustakaan akan dipulangkan sebelum tamat tempoh peminjaman. Bukannya apa, ia bagi mengelakkan diri dikenakan denda pemulangan lewat. Namun, lain pula ceritanya di Kota London apabila seorang pekerja di sebuah perpustakaan mendapati sebuah buku puisi yang dimasukkan ke dalam kotak pemulangan buku selepas hampir 60 tahun daripada tarikh akhir ia sepatutnya dipulangkan.

Menurut Perpustakaan Middlesbrough, buku bertajuk ‘The Buried Stream‘ itu merupakan sebuah antologi puisi oleh Geoffrey Faber, dan ia baru sahaja dipulangkan bulan ini. Tarikh akhir buku itu sepatutnya dikembalikan adalah pada Disember 1962.ย 

Manakala, Pegawai Perpustakaan dan Komuniti David Harrington pula mengucapkan terima kasih kepada individu yang memulangkan buku tersebut. Bagaimanapun, buku itu dikenakan denda sebanyak $650 (kira-kira RM2,690) tetapi ditangguhkan kerana wabak Covid-19. Buku tersebut akan diletakkan di Perpustakaan Rujukan untuk kegunaan generasi akan datang.

Mungkin ada yang tertanya-tanya jika di Malaysia berapa pula jumlah dendanya. Melalui rujukan Akta Perpustakaan Negara 1972, jumlah denda bagi buku yang melepasi tempoh peminjaman adalah RM0.10 sen sehari. Ini bermakna jika anda lewat memulangkannya selama 60 tahun, anda perlu membayar lebih kurang RM2,190. Jadi, bukan tabiat yang baik untuk lewat memulangkan buku yang dipinjam, disamping ia akan mengurangkan sumber buku yang ada untuk dipinjam oleh orang lain.

 

 

Baca juga artikel menarik yang lain:

Sabah Menghampiri Tempoh Kritikal, Ambil Langkah Berjaga Jika Ke Pusat Beli-Belah Yang Terkesan

Duduk Sebumbung Dengan Mertua Lebih Menguntungkan?

 

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement