Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Puisi Dengan #IbuTidakRestu, Tanda Perkahwinan Hannah Delisha Tidak Direstui?

Kabar angin tersebut tercetus selepas Noor Ashikin menerusi akaun Instagramnya, @kakcikwujudku memuat naik bait-bait puisi berjudul Hikayat Antah Berantah yang memberi bayangan seolah-olah tidak merestui perkahwinan anak perempuannya itu.

Published

on

Hashtag serta coretan puisi yang mencurigakan dari ibu kepada pelakon Hannah Delisha menjadi tanda tanya ramai peminatnya. Boleh dikatakan peminat masih terkejut dengan perkahwinan mengejutnya, kini ada sangkaan mengatakan ibu Hannah, Noor Ashikin Ahmad tidak merestui perkahwinan anaknya itu.

Kabar angin tersebut tercetus selepas Noor Ashikin menerusi akaun Instagramnya, @kakcikwujudku memuat naik bait-bait puisi berjudul Hikayat Antah Berantah yang memberi bayangan seolah-olah tidak merestui perkahwinan anak perempuannya itu. Lebih mengejutkan, setiap hantaran Instagramnya sejak 23 Februari lalu turut disertakan dengan hashtag #ibutidakrestu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kakcik Wujud Ku (@kakcikwujudku)

Hashtag tersebut telah menguatkan lagi dakwaan bahawa Hannah dan suaminya Imam Shah bernikah tanpa mendapat restu daripada Noor Ashikin. Dalam perkongsian puisinya, Noor Ashikin telah menimbulkan tanda tanya kerana seperti menceritakan kisah dia dan anaknya dalam penulisan tersebut.

 “Pernikahan dilaksanakan dalam rahsia,ditutupi pula dengan media.

Antah berantah tempatnya ia,
Dimana cerita disulam sutera.

Sutera cina bersalut emas.
Pujangga manik mengarang warkah.
Hikayat dikarang persoalan maruah.
Seperti arah mata panah.

Lempar batu sembunyi tangan.
Bukan permainan anak jantan.
Tulisan mahaguru sangat lucu.
Aib dibuka kuncu kuncu.

Jika menjual,tujuan kamu.
Akan diborong semuanya itu.
Jika malu menjadi taruhan.
Jangan lupa adanya Tuhan.

Sungguh mencurigakan kerana puisi tersebut turut menceritakan kisah tentang si anak yang sudah berumah tangga dan akhirnya si ibu membawa diri ditemani dengan segala tohmahan. Sehingga kini, sama ada Hannah mahupun Noor Ashikin tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

Jika dilihat di laman instagramnya, Noor Ashikin juga tidak pernah memuat naik foto perkahwinan pelakon drama Cinta Sekali Lagi itu. Malah, Hannah juga tidak pernah berkongsi foto perkahwinan bersama ibunya sehingga hari ini.

 

 

Baca juga:

“MK Pun Keluar 3 Hari Guys..”- Kini Giliran MK K-Clique Ikut Jemaah, Dekatkan Diri Tuntut Ilmu Agama

Ibu Bapa Kahwinkan Anak Kembar 5 Tahun Kerana Percaya Mereka Adalah Pasangan Kekasih

 

 

 

 

 

Sumber: Kosmo, instagram

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement