Semasa & Hiburan
Priyanka Chopra Dedahkan Pernah Diminta Buat Pembedahan Plastik Kalau Nak Berjaya Di Hollywood
Memang kisah yang biasa berlaku di Hollywood, di mana rupa paras adalah kunci kejayaan di sana…
Nama yang tidak asing lagi di Bollywood dan juga Hollywood, Priyanka Chopra sememangnya dikenali dengan kecantikannya. Manakan tidak, Priyanka ni merupakan mantan ratu cantik yang pernah memenangi Miss World 2000 ketika usianya 18 tahun.

Image via:https://www.huffingtonpost.com.au/
Tapi di sebalik kecantikannya itu yang diakui ramai, terdapat juga kisah yang mengejutkan berlaku pada awal kerjayanya di Hollywood. Chopra yang juga isteri kepada penyanyi terkenal, Nick Jonas, pernah diberitahu untuk membuat perubahan pada tubuh dan wajahnya untuk berada dalam industri hiburan di Hollywood.

Image via:https://timesofindia.indiatimes.com/
Sewaktu perjumpaan dengan pengarah tersebut, Chopra berkata selepas beberapa minit bercakap dengan pengarah terbabit, dia kemudian diminta untuk berdiri dan berpusing untuknya. Kemudian, pengarah tersebut secara spesifik meminta Priyanka untuk membuat pembedahan plastik pada payudaranya, pada rahang dan juga membesarkan punggungnya.
“Kata pengarah itu kalau saya ingin menjadi seorang aktres, saya perlu perbaiki proportion tubuh saya. Dia juga mencadangkan nama doktor hebat di LA kepada saya. Pengurus saya pada ketika itu hanya bersetuju sahaja,” tulis Chopra dalam autobiografinya yang berjudul Unfinished.
Chopra kemudian meninggalkan pejabat pengarah terbabit dengan perasaan terkejut. Dia turut mempersoalkan sama ada dia akan berjaya ataupun tidak di Hollywood sekiranya tidak mengikut nasihat pengarah itu. Namun menurut Chopra, permintaan seperti itu adalah perkara biasa di Hollywood.

Image via:https://indianexpress.com/
Sementara itu, Chopra turut mengatakan bahawa sewaktu di usia remaja dia takut untuk menyuarakan pendiriannya. Ujarnya, ketika muda dia tidak mahu namanya dilabelkan sebagai seorang aktres yang bermasalah. Jadi Chopra lebih banyak mendiamkan diri walaupun perkara itu kelihatan tidak adil. Namun dalam usia yang semakin matang ini, Chopra lebih berani bersuara dan menolak syarat-syarat yang mengarut.
Seorang wanita tidak seharusnya menerima pandangan orang lain terhadap kecantikan diri, kerana setiap wanita dilahirkan dengan kecantikan tersendiri. Meskipun industri hiburan seolah-olah telah menetapkan standard kecantikan wanita, namun tak semestinya kita harus ikut sama dengan standard yang diwar-warkan.
Baca juga artikel menarik lain:
[VIDEO] “Kejap Utara, Kejap Pantai Timur” – Loghat Abang Polis Curi Perhatian, Buat Ramai Keliru
Biar Betul? Malaysia Negara Ketiga Paling Ramai ‘Sugar Daddy’
Sumber daripada: Huffington Post