Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

Polis Jejak Pesalah Dengan Bantuan Lukisan Kanak-Kanak

Nasib baik comel lukisan tu…

Published

on

Jangan pandang kanak-kanak dengan sebelah mata sebab mereka juga boleh membantu menyelesaikan kes polis. Itu yang berlaku di Jerman apabila lakaran empat kanak-kanak berjaya membantu polis menjejaki individu yang melakukan kesalahan jalan raya.

Menurut laporan,  kanak-kanak itu menjadi saksi utama bagi satu kes kemalangan di daerah Bockum-Hovel pada 11 November lalu. Pada waktu sebelum kemalangan, kanak-kanak itu dikatakan sedang berjalan kaki dalam perjalanan ke sekolah mereka. 

Sewaktu tiba di lampu isyarat, tiba-tiba mereka melihat sebuah kenderaan berwarna hitam membelok ke arah kiri dan melanggar penghadang jalan. Kemalangan itu menyebabkan penghadang jalan di situ rosak. Bagaimanapun, pemandu yang cuai itu terus memecut meninggalkan tempat kejadian. 

Kanak-kanak itu menceritakan kejadian itu kepada guru kelas mereka sebelum perkara itu dilaporkan kepada polis. Mereka kemudian membuat lakaran kejadian kemalangan itu termasuk gambar muka pemandu wanita dalam kejadian itu.

Secara logiknya memang lakaran wajah pemandu itu tidak jelas, namun ia menunjukkan imej wanita berambut perang muda yang mampu memberikan petunjuk kepada pihak polis. Menurut pihak polis, lakaran kanak-kanak itu menjadi sebahagian daripada maklumat yang membantu siasatan kes berkenaan.

Sementara itu, lakaran lukisan itu turut dimuat naik ke laman Twitter jabatan polis berkenaan dengan ucapan “Luisa, Romy, Celina dan Luis dari Kelas Dragon, Overberg School layak mendapat pujian khas daripada polis.”

 

Baca juga artikel menarik lain:

Sebab Bosan Isteri Kuat Membebel, Lelaki Ini Nekad Panjat Menara!

Pendapatan RM2,208 Kini Dikira Miskin. Masih Mampukah Memiliki iPhone 12 Dan PS5?

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement