Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Pesakit COVID-19 Mungkin Berisiko Hadapi Masalah Kesihatan Mental Dalam Masa 90 Hari Selepas Dijangkiti?

Kajian mendapati…

Published

on

Ramai pesakit Covid-19 yang berjaya pulih daripada virus maut itu berisiko besar untuk menghidap penyakit mental. Berdasarkan satu kajian, para saintis mendapati sebanyak 20 peratus daripada golongan yang dijangkiti koronavirus didiagnosis mempunyai gangguan psikiatri dalam tempoh 90 hari.  Menurut laporan Reuters pula, masalah kemurungan, insomnia dan kegelisahan paling biasa ditemukan dalam kalangan pesakit Covid-19 yang mengalami masalah kesihatan mental.

Selain itu, para penyelidik dari Universiti Oxford Britain juga mendapati risiko besar penyakit demensia serta gangguan pada otak. “Orang mula bahawa mereka yang terkena jangkitan COVID-19 akan menghadapi risiko masalah kesihatan mental yang besar, dan penemuan kami menunjukkan ini mungkin berlaku,” kata Paul Harrison, seorang profesor psikiatri di Oxford.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal The Lancet Psychiatry, telah menganalisis rekod kesihatan seramai 69 juta orang di Amerika Syarikat, termasuk lebih daripada 62,000 kes COVID-19. Berdasarkan penyelidikan tersebut, hasil penemuannya mungkin sama dengan mereka yang menderita COVID-19 di seluruh dunia.

Lebih Mudah Dijangkiti Jika Mempunyai Penyakit Mental…

Dalam tempoh tiga bulan selepas seseorang disahkan positif COVID-19, 1 daripada 5 mangsa dicatatkan mengalami masalah kemurungan, insomnia dan anxiety. Selain itu, kajian yang sama turut mendapati mereka yang mempunyai penyakit berkaitan mental adalah 65% lebih tinggi kemungkinan untuk didiagnosis dengan COVID-19. Dalam pada itu, pakar kesihatan mental yang tidak terlibat secara langsung dengan kajian itu mengatakan penemuan tersebut menambah bukti bahawa COVID-19 boleh mempengaruhi otak dan minda, serta meningkatkan risiko pelbagai penyakit berkaitan mental.

Menurut perunding psikiatri di University College London, Michael Bloomfield, hal ini berkemungkinan disebabkan oleh gabungan tekanan psikologi berkaitan dengan wabak ini dan kesannya terhadap fizikal pesakit. 

Bagaimanapun, walaupun sebahagian besar dari kita di Malaysia masih bebas daripada dijangkiti wabak COVID-19, hampir setengah juta rakyat di negara ini didapati mengalami simptom tekanan atau depresi, menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019. Pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut menyebabkan tekanan emosi susulan perubahan persekitaran kerja seperti perlu bekerja dari rumah, hilang punca pendapatan dan pekerjaan serta bimbang terhadap keselamatan.

Baca juga artikel menarik lain:

Pembunuh Bersiri Britain ‘Yorkshire Ripper’ Akui Ketagih Membunuh, Akhirnya Tewas ‘Ditangan’ COVID-19

Saringan COVID-19 Punya Pasal Sampai Bocor Bendalir Otak!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement