Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Pernah Dibelai Obama, Kucing ‘Penjaga’ Hagia Sophia Meninggal Dunia Pada Usia 16 Tahun

Gli akan kekal menjadi kucing ikonik Hagia Sophia

Published

on

Seekor kucing yang agak terkenal, bukan setakat sebab rupanya yang ‘cantik’ malah kerana statusnya sebagai ‘penjaga’ Hagia Sophia di Istanbul. Kini, kucing yang bernama Gli menjadi sebahagian daripada sejarah masjid ikonik itu.

Menurut datuk bandar Istanbul, Ali Yerlikaya, Gli sebelum itu telah dirawat di sebuah klinik haiwan swasta sejak 24 September, namun meninggal dunia kerana usianya yang tua.

“Kami tidak akan pernah melupakan kamu Gli,” kata Ali Yerlikaya di akaun Twitternya.

Hagia Sophia Yang Sudah Lama Terbina

Bagi yang tak tahu, sebenarnya Hagia Sophia ni siap dibina sebagai sebuah gereja pada tahun 360. Hagia Sophia dijadikan sebuah gereja selama 916 tahun sehingga Istanbul ditawan dan menjadi sebuah masjid dari 1453 hingga 1934, iaitu hampir 500 tahun. 

Kemudian ia menjadi sebuah muzium selama 86 tahun, dan pada awal tahun ini, Hagia Sophia menjalani kerja-kerja mengubah bangunan itu dari sebuah muzium kepada masjid. Namun sepanjang tempoh pengubah suaian itu, ada kerisauan bahawa ia akan membuatkan Gli tidak selesa dan sedih. Tetapi Gli langsung tidak terjejas dengan kekecohan dan kesesakan yang berlaku. Seni bina bersejarah itu sentiasa dianggap sebagai rumah baginya. 

Pernah ‘Menyambut’ Kehadiran Obama

Mungkin Gli ini antara kucing yang paling bersejarah di Turki apabila dia pernah menyambut kedatangan rombongan bekas presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. 

Obama dalam lawatannya ke Turki pada 2009 itu dilihat sempat ‘menegur’ Gli ketika lawatan ke bangunan bersejarah itu yang turut disertai pemimpin Turki, Recep Tayyip Erdoğan. Selain itu, si kucing kelabu yang memiliki sepasang mata warna hijau itu sering menjadi tarikan para pengunjung yang melawat Hagia Sophia. 

Walaupun Hagia Sophia sudah berubah statusnya daripada sebuah muzium kepada sebuah masjid baru-baru ini, Gli tetap akan terus dikenang sebagai ikon Hagia Sophia.

 

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Ini Rupanya Sebab Kucing Suka Tidur Bersama, Tapi Selamat Ke?

Kejadian Aneh ‘Angelo 727’ Yang Hilang Dalam Sekelip Mata

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement