Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

Perlu Ke Sindir Menyindir Dijadikan Bahan Lawak? Ini Kata Azwan Ali…

Ada cara lain untuk melawak…

Published

on

Baru-baru ini hangat juga media sosial dengan isu tentang seorang pengacara program realiti muzik yang membuat sindiran terhadap Azwan Ali semasa mengacara. Bagaimanapun, isu sindir menyindir ini bukanlah isu baharu, dan ia sudah berlarutan dalam industri hiburan tanah air kita. 

Bagi kita sebagai rakyat biasa pula, sindiran dan membahan ini tetap berlaku dalam kehidupan harian kita. Kadang-kadang di tempat kerja juga ada yang menjadi mangsa sebagai bahan lawak. Mungkin yang dibahan itu dilihat ketawa sekali, tapi jauh dari sudut hatinya kita tak tahu sama ada dia tak kesah atau sebaliknya.

Hakikatnya memang ada insan yang lebih gemar memendam rasa dengan segala sindiran yang diterima, dan akhirnya membuatkan dia tertekan. Selain itu, ada juga yang akan melawan balik jika disindir dan akhirnya membawa kepada pergaduhan. Jadi sejauh mana budaya sindir menyindir yang dijadikan sebagai bahan lawak ini boleh dilakukan? Perbincangan Kool Talk kali ini akan mengupas isu ini.

Berbalik Kepada Adab Dan Budaya

Antara pandangan yang diberikan oleh salah seorang pemanggil adalah, ada sesetengah situasi di mana sindir menyindir ini boleh diterima. Bagaimanapun, untuk kebanyakkan masanya lebih baik tak perlu membuat sindiran untuk dijadikan bahan lawak. Hal ini kerana ia hanya akan mengaibkan seseorang sahaja. 

 

Selain itu, sindiran ini hanya lebih kepada kata-kata negatif yang tidak mendatangkan manfaat. Dalam media sosial pula, perbuatan sindir menyindir ini dilihat seperti sudah menjadi satu norma. Begitu juga di kaca TV di mana ramai penghibur yang gemar menggunakan teknik sindiran untuk membuat sesuatu lawak.

Tambahan lagi, ada juga gurauan dan sindiran yang dikenakan kepada pembesar-pembesar negara. Dalam hal ini, masyarakat perlu berbalik kepada adab dan budaya kerana apa yang kita lakukan adalah cerminan terhadap diri kita sendiri. Dalam pada itu, sempat juga mengambil contoh orang-orang lama dalam industri hiburan yang dilihat lebih educated semasa berlawak.

Azwan Ali – Pentas Pengacaraan Itu Satu Tanggungjawab, Bukan Medan Gurauan

Dalam pada itu, Kool FM turut sempat menghubungi Azwan Ali untuk meminta pandangan tentang isu ini. Menurutnya, pada masa kini lebih banyak program-program realiti TV yang dianjurkan dan perkara itu membuka ruang kepada penonton untuk melontarkan komen-komen positif atau negatif. Saingan lebih banyak jadi ia mungkin menjadi faktor untuk melakukan perkara-perkara di luar jangka untuk menarik penonoton.

Bagaimanapun, Azwan tetap menyatakan bahawa melakukan sindiran yang tidak sepatutnya adalah satu pantang besar semasa mengacarakan sesuatu program. Baginya, apabila diberi tanggungjawab untuk mengacara, ia haruslah digalas dengan dengan penuh rasa tanggungjawab untuk menjayakan program tersebut tanpa menimbulkan reaksi negatif.

Tambahannya lagi, setiap gurauan yang dilakukan semasa mengacara perlulah ada hadnya dan perlu berhati-hati. Berlawak dengan cara body shaming atau menjatuhkan maruah tidak seharusnya berlaku dalam mana-mana pentas atau acara. Azwan yang sering dilihat berpewatakan unik di media sosial mengakui bila berada di pentas dia perlu untuk bersikap profesional kerana itu tanggungjawabnya.

Terdahulu, ramai memuji penampilan Azwan dalam mengacarakan program terbaru TV3, Lagu Cinta Kita 2 yang bersiaran setiap hari Ahad, jam 9.00 malam. Imej baharu Azwan dilihat lebih profesional dan berbeza daripada imej ‘Diva AA’ yang dibawanya sebelum ini, sekali gus membuatkan program Cinta Kita 2 trending di media sosial.

Untuk dengarkan lebih lanjut perbincangan ini, klik saja di sini.

 

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Netizen Berang Sindiran Nabil, Azwan Ali Memaafkan..

“Tengah Shooting Dengan Ziana Zain!!” – Diva AA Tunjuk Bukti Pada Netizen

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement