Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Peranti Android Anda Mungkin Dalam Bahaya. Padam Segera 17 Aplikasi Ini!

Kalau ada, baik padam cepat.

Published

on

Menurut laporan terkini daripada Google, terdapat 17 aplikasi yang dibuang daripada  Play Store kerana dikhuatiri mempunyai malware yang dikenali dengan nama ‘Joker.’ Nampaknya kerisauan kita bahawa serangan virus dan malware yang sering berlaku pada komputer kini semakin mudah menceroboh peranti mudah alih kita.

Aplikasi yang disingkirkan oleh Google ini dikatakan mengandungi malware yang mampu mencuri data peribadi pengguna termasuk mesej daripada SMS, nombor telefon yang disimpan serta beberapa lagi informasi lain tanpa pengetahuan pengguna.

Jika Ada 17 Aplikasi Ini, Segera Padamkan!

Selain itu, 17 aplikasi yang berisiko ini dikatakan telah dimuat turun oleh lebih kurang 120,000 pengguna. Jadi, jika anda salah seorang yang memuat turun aplikasi tersebut lebih baik padamkannya dengan kadar segera bagi mengelakkan data peribadi anda ‘dicuri’ tanpa disedari. Berikut adalah 17 aplikasi yang dimaksudkan:

  • All Good PDF Scanner
  • Mint Leaf Message-Your Private Message
  • Unique Keyboard – Fancy Fonts & Free Emoticons
  • Tangram App Lock
  • Direct Messenger
  • Private SMS
  • One Sentence Translator – Multifunctional Translator
  • Style Photo Collage
  • Meticulous Scanner
  • Desire Translate
  • Talent Photo Editor – Blur focus
  • Care Message
  • Part Message
  • Paper Doc Scanner
  • Blue Scanner
  • Hummingbird PDF Converter – Photo to PDF
  • Powerful Cleaner

Menurut kumpulan penyelidik keselamatan siber, bagi pengguna peranti Android adalah dinasihatkan untuk sentiasa mengambil langkah berhati-hati semasa membuat sebarang muat turun. Apa yang boleh dilakukan adalah sentiasa baca komen atau ulasan di halaman aplikasi dan perhatikan kebenaran berisiko yang berkaitan dengan SMS, log panggilan, kenalan, dan lain-lain untuk elak daripada menjadi mangsa penggodaman siber.

Baca juga artikel menarik lain:

4 Model iPhone Baharu Dilancarkan. Ini Perbandingan Wajib Tahu Sebelum Pembelian

iOS 14 Kini Boleh Dimuat Turun, Apa Yang Menarik?

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement