Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Penjawat Awam Diejek Dan Dicaci Kerana Memiliki Nama ‘Corona’

Tu kan nama dia…

Published

on

Seorang wanita warga Britain mendedahkan bahawa dia menjadi mangsa ejekan ekoran namanya yang kedengaran sama dengan wabak COVID-19. Corona Newton, 49 tahun, mengatakan dia banyak menerima ugutan melalui telefon dan dipandang serong oleh penduduk setempat hanya kerana namanya. Disebabkan namanya itu, orang ramai sudah tidak mengambil serius tentang apa-apa pandangan yang dilontarkannya.

“Ada yang pernah memberitahu saya mereka tidak perlu mendengar pendapat seseorang yang dinamakan sempena nama virus,” kata wanita itu kepada Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Selain itu, wanita yang berasal dari Oldham, berdekatan bandar Manchester, berkata ketika dia sedang memandu kereta menuju ke klinik gigi minggu lalu, terdapat seorang lelaki menghubunginya semata-mata mahu menjerit kepadanya. Lelaki tersebut menuduhnya menjadi punca kepada penyebaran wabak COVID-19. Semua ini hanya kerana namanya.

Tidak cukup dengan itu, tambahannya lagi semasa mesyuarat ibu bapa dan guru diadakan di sekolah, anak perempuannya dituduh berkelakuan tidak sopan hanya kerana menyebut nama Newton meskipun tidak merujuk kepada pandemik COVID-19.

Nama Menjadi Bahan Ejekan Sejak Kecil

Newton yang berasal dari Ireland berkata dia diberi nama Corona sempena nama bidan yang membantu melahirkannya. Bagaimanapun, ejekan yang diterimanya bukanlah perkara baharu kerana dia sering berdepan dengan ejekan akibat namanya sejak kecil lagi. Jika dahulu semua ejekan itu boleh dianggap sebagai gurauan, kini katanya ia lebih menyakitkan hati terutamanya apabila ia bertukar agresif.

Menurut Newton, semasa musim pandemik COVID-19, adalah sukar baginya untuk membuat sebarang tempahan atau temu janji tanpa dipandang pelik. Mungkin bukan tahun yang baik untuk memiliki nama sedemikian. Bagaimanapun, Newton yang juga merupakan seorang penjawat awam di sana tetap tidak mempedulikan segala ejekan tersebut dan mengatakan kini tiada siapa yang akan melupakannya.

Apa yang menariknya, menurut Pejabat Statistik Kebangsaan di Britain, nama ‘Corona’ merupakan top 100 nama yang sering digunakan antara tahun 1904 sehingga tahun 2019. Nama ‘Corona’ berasal daripada budaya Sepanyol dan dari perkataan Latin yang bermaksud ‘mahkota.’ 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Kena Banned Dari Taman Negara Sebab Cuba ‘Panggang’ Ayam Di Kolam Air Panas

Kenapa Filem P. Ramlee Dihasilkan Dalam Warna Hitam Dan Putih?

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement