Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Penjarakan Sosial Pun Tak Ada” – Buat Majlis Kahwin Dikatakan Tiada SOP, DG Hisham Beri Respon…

Dakwaan mengatakan DG Hisham tak patuh SOP adalah tidak benar kerana kehadiran semuanya adalah ahli keluarga…

Published

on

Tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan memasuki Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi beberapa buah negeri, tentu ia memberi sedikit kelegaan buat mereka yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan. Walaupun kelonggaran untuk mengadakan majlis perkahwinan telah diberikan, prosedur operasi standard (SOP) yang ketat tetap harus dipatuhi.

Semalam, 21 Mac, anak perempuan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah telah selamat melangsungkan majlis pernikahan dan persandingan. Majlis perkahwinan tersebut turut melihat Fedtri Yahya hadir untuk mengacarakan majlis. Nampak memang simple je majlis yang diadakan, dan Dr. Noor Hisham pun dah dapat menantu dah

Kalau lihat pada gambar yang dikongsikan, majlis tersebut diadakan dengan sederhana sahaja tanpa tetamu yang ramai. Bagaimanapun, tetap ada segelintir wargamaya yang mempersoalkan tentang kepatuhan Dr. Noor Hisham terhadap SOP kerana dilihat bergambar beramai-ramai tanpa penjarakan sosial.

Disebabkan dakwaan tersebut, Dr. Noor Hisham tampil menjelaskan keadaan sebenar semasa majlis perkahwinan anaknya itu berlangsung. Menurutnya, mereka yang dijemput dan hadir hanyalah ahli keluarganya sahaja. Tambahnya lagi, momen bergambar bersama di atas pentas juga hanya seketika sahaja yang mana kesemuanya merupakan ahli keluarga. Jadi di sini jelas bahawa tidak ada orang luar semasa sesi bergambar.

Selain itu, Fedtri selaku pengacara majlis juga turut menyatakan majlis yang berlangsung itu sebagai majlis yang paling menjaga SOP. 

Hanya 30% kapasiti dewan dengan SOP yang rapi namun tidak menghalang ia berlangsung tenang dan tertib,” tulis Fedtri berkongsi pengalaman mengacarakan majlis tersebut. 

Apa-apa pun, penjelasan sudah diberikan dan harap tidak ada lagi dakwaan lain yang timbul. Yang penting kita terus kekal patuhi SOP sedia ada. 

Baca juga artikel menarik lain:

“Bukan The Next Lee Chong Wei” – Pamer Kekuatan Tersendiri, Netizen Akui Kehebatan Lee Zii Jia

Tikam Ibu Sendiri Lebih 100 Kali Kerana Enggan Dibawa Ke Hospital Untuk Rawatan Psikiatri

 

 

 

 

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement