Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Tidak Ada Pilih Bulu Dalam Pelaksanaan SOP..”- Pengurus Acara Mahlis Pernikahan Neelofa Dipanggil Polis Hari Ini

“Masyarakat tidak perlu khuatir, tidak ada pilih bulu dalam pelaksanaan SOP, tindakan sewajarnya akan di ambil selepas kertas siasatan lengkap dan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Published

on

Sejak Sabtu sehingga kini ramai orang masih berkata-kata mengenai majlis perkahwinan selebriti popular Neelofa dan pendakwah bebas Haris Ismail dek kerana terpegun dekorasi dan kemeriahan majlis tersebut.

Di sebalik kemeriahan majlis, ramai juga mempersoalkan soal pematuhan prosedur operasi standard kerana ia seakan tidak dipatuhi. Justeru, pihak berkuasa terpanggil untuk menjalankan siasatan berkaitan hal ini. Dan hari ini dikabarkan, pengurus acara majlis pernikahan selebriti popular dan pendakwah bebas akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung isu  SOP.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah selain daripada pengurus acara berkenaan, beberapa saksi lain termasuk pekerja hotel turut akan dipanggil bagi memberi keterangan.

“Semalam, pihak polis sudah mengambil keterangan pihak hotel dan hari ini, dijangkakan akan ambil keterangan dari pengurus acara majlis berkenaan. Saksi-saksi lain juga akan dipanggil dalam masa terdekat,” katanya.

Mohamad Zainal berkata, orang ramai diminta untuk tidak salah faham berhubung pengeluaran kompaun terhadap kesalahan melanggar SOP.

“Polis menerima maklumat selepas gambar berkenaan tular kerana majlis diadakan secara tertutup, jadi siasatan perlu dijalankan. Kalaulah majlis itu masih berjalan dan ketika itu juga polis menerima laporan mengenai perlanggaran SOP, sudah pasti kita akan ke lokasi dan mengeluarkan kompaun,” katanya.

Menurutnya, siasatan perlu dijalankan bagi mengenal pasti gambar yang tular termasuk kesahihan gambar terbabit sebelum tindakan lanjut diambil.

“Masyarakat tidak perlu khuatir, tidak ada pilih bulu dalam pelaksanaan SOP, tindakan sewajarnya akan di ambil selepas kertas siasatan lengkap dan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Mungkin ramai risau kerana situasi pandemik yang masih belum tamat masa kini. Apa pun, tahniah sekali lagi diucapkan kepada Neelofa dan pasangan. Moga bahagia hingga ke akhirnya.

 

 

Baca juga:

Minta Doa Mudah Urusan Dari Peminat, Neelofa Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

 

Sumber: Hmetro

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement