Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Pengarah ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ Kecewa Babak Seram Dipotong, Risau Penonton Tak Faham Jalan Cerita

Babak seram yang dipotong itu menimbulkan rasa kecewa terhadap pengarah drama Aku Yang Kau Gelar Isteri…

Published

on

Bukan mudah sebenarnya kerja sebagai pengarah filem atau drama ni. Habis segala kudrat dicurahkan dalam menghasilkan karya terbaik buat penonton. Setiap adegan yang dihasilkan itu pula tentu sudah melalui satu proses yang teliti. Namun, apabila ada babak yang terpaksa dipotong, tentu ia mengecewakan.

Itulah keluhan pengarah drama ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri,’ Shuhaimi Lua Abdullah yang meluahkan rasa kecewa apabila beberapa babak menyeramkan dalam drama tersebut dipotong pihak penyiar. Alasan ia dipotong adalah kerana dikatakan tidak sesuai bagi tayangan menerusi televisyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHUHAIMI LUA (@shuhaimilua_director)

Bukan mudah bagi seorang pengarah untuk menyiapkan sesuatu babak itu. Menurut laporan Kosmo! Online, rasa kecewa pengarah tersebut adalah kerana babak seram yang dipotong itu melibatkan masa, kos dan komitmen pelakon untuk menghidupkan jalan cerita drama tersebut. Selain itu, apabila ia dipotong, drama tersebut dikhuatiri akan membuatkan penonton keliru dengan jalan cerita dan hanya akan menimbulkan tanda tanya sahaja.

“Pada saya, apabila beberapa babak seram itu dipotong, tindakan sebegitu boleh menyebabkan penonton tidak memahami jalan cerita dan menimbulkan tanda tanya. Seperti adengan pelakon Nadia Brian yang dipotong sepenuhnya sedikit sebanyak mengganggu jalan cerita drama tersebut,” ujarnya.

Menurut Shuhaimi, ketika berbincang dengan pihak stesen TV sebelum memulakan pengambaran, pihak produksi telah diberi kenyakinan untuk meneruskan drama tersebut. Gambaran yang mereka terima adalah stesen TV telah memberi kelulusan sepenuhnya untuk drama tersebut bersiaran. Bagaimanapun, Shuhaimi dikejutkan dengan makluman bahawa terdapat adegan yang perlu dipotong sepenuhnya. 

“Bagi saya, apabila bercakap tentang drama seram, perlu ada adegan menyeramkan. Kalau tidak, genre cerita itu akan berubah menjadi drama air mata!,” kata Shuhaimi.

Bagaimanapun, Shuhaimi berkata adegan yang dipotong tersebut boleh ditonton secara penuh menerusi portal penstriman iQiyi Malaysia. Sementara itu, salah seorang pelakonnya, Nadia Brian juga berasa terkilan kerana beberapa babak penting yang sepatutnya menjadi penguat jalan cerita itu dipotong.

Bersetuju dengan pandangan pengarah drama itu, Nadia juga risau babak seram yang dipotong itu akan membuatkan penonton tidak faham jalan cerita. Dalam pada itu, Nadia yang membawa watak Raihana berharap pihak stesen dapat mempertimbangkan untuk menyiarkan lebih banyak adegan sebegitu.

Siapa je yang tak kecewa kalau hasil penat lelah menghasilkan karya terbaik buat penonton akhirnya tak dapat disiarkan. Tapi mungkin ada alasan tersendiri kenapa babak seram itu terpaksa dipotong oleh pihak penyiaran. Apa-apa pun, jangan lupa saksikan drama bersiri ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ yangd disiarkan menerusi TV3, Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam.

Baca juga artikel menarik lain:

Lepas Bersara Pun Ada Risiko Untuk Muflis? Ikut Pesanan Pakar Ini

Anak Mawar Rashid Dikatakan ‘Gelap, Tak Comel,’ Netizen Hujani Ruangan Komen Backup Baby

 

 

 

Sumber daripada: Kosmo

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement