Semasa & Hiburan
Pendapatan RM2,208 Kini Dikira Miskin. Masih Mampukah Memiliki iPhone 12 Dan PS5?
Jangan terikut sangat dengan trend…
Mampu ataupun tidak untuk membeli iPhone 12 dan Playstation 5 (PS5), itu adalah pilihan masing-masing. Namun apa yang bukan pilihan kebanyakkan dari kita adalah mempunyai pendapatan pada bawah garis kemiskinan.
Jika sebelum ini, Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) diletakkan kepada jumlah RM980 berdasarkan keperluan asas untuk isi rumah hidup sihat dan aktif pada tahun 2005. Tapi mengikut angka terkini PGK, sekiranya anda berpendapatan sebanyak RM2,208 sebulan, maka anda sudah tergolong dalam golongan miskin. Mampu untuk beli PS5, tapi lepas tu tinggal baki beberapa ratus ringgit je lagi untuk survive sebulan.
Harga rasmi PS5 dah keluar geng!
Dijual pada 11 Disember ini bermula dengan RM1869 untuk versi digital.
Pra-tempah bermula 12 November ini! pic.twitter.com/8qoWdL4Lpl
— Tech Lagi 🇲🇾 (@tech_lagi) November 11, 2020
Begitulah pengiraan yang dibuat mengikut metodologi pada tahun 2019, menurut Jabatan Perangkaan. Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, semakan PGK itu adalah berdasarkan keperluan semasa yang menekankan kepada pengambilan makanan optimum dan keperluan asas bukan makanan yang lebih berkualiti.
Bagaimanapun, menurut penganalisis ekonomi, Prof Datuk Dr Shazali Abu Mansor, wujud perbezaan yang ketara dari segi kos sara hidup antara bandar tertentu di Malaysia. Contohnya, bagi bandar seperti Kota Bharu di Kelantan, dengan pendapatan RM1,500 sebulan, ia mungkin mencukupi bagi individu yang sudah berkeluarga. Namun di bandar besar seperti di Kuala Lumpur, dengan pendapatan RM2,500 sebulan mungkin sudah boleh dikategorikan sebagai miskin bandar.
Tambahannya lagi, Bandaraya Johor Bahru dan Georgetown, Pulau Pinang mungkin tidak sama dengan PGK di Kota Kinabalu di Sabah. Jadi antara satu bandar dengan bandar yang lain juga mempunyai PGK yang berbeza.
Selamat menjadi pengguna iOS, watchOS dan AirPods Software https://t.co/hLpE8r6nkh
— Xavier Naxa 🇲🇾 (@XavierNaxa) November 14, 2020
Memang seronok melihat ramai warganet yang berkongsi gambar kegembiraan memiliki iphone terbaharu dan PS5. Ada juga tersebar gambar melihat orang kita beratur untuk membeli iPhone 12. Tapi bagi mereka yang rasa belum berkemampuan, usahlah terikut pula dengan ‘trend’ yang memerlukan kita berbelanja ribuan ringgit.

Image via: Facebook
Baca juga artikel menarik lain:
4 Model iPhone Baharu Dilancarkan. Ini Perbandingan Wajib Tahu Sebelum Pembelian
Kena Banned Dari Taman Negara Sebab Cuba ‘Panggang’ Ayam Di Kolam Air Panas
Sumber daripada: Harian Metro & Berita Harian