Connect with us
Webinar Kool

Semasa & Hiburan

Pemuda Singapura Jual Semut Untuk Peliharaan

Ibu bapa mana yang tak risau kalau anak kita agak ketinggalan dalam pelajaran.

Published

on

Kalau sebut haiwan peliharaan mesti ramai yang memikirkan kucing, kuda, hamster, burung, arnab dan binatang yang jinak dan domestik.

Malah, ada juga yang memelihara reptilia seperti jenis cicak atau ular sebagai haiwan peliharaan untuk dijadikan teman mainan atau hiburan.

Namun berbeza pula di Singapura, sebuah kedai menjual semut untuk menjadikan makhluk berkaki enam sebagai haiwan peliharaan.

Sumber: facebook

Menurut pemilik kedai tersebut, John Ye, mereka turut menjual ladang semut bersama peralatan khas, termasuk vakum genggam mini untuk menangkap serangga, piring makan kecil dan cacing yang digunakan sebagai makanan.

Saya ingin memiliki tempat di mana orang dapat mengumpulkan dan berkongsi pandangan, dan berkongsi perjalanan menjaga semut mereka,”

Sumber: facebook

Lelaki berusia 41 tahun itu meninggalkan pekerjaannya terdahulu untuk membuka kedai semutnya, ‘Just Ants’ pada bulan Januari sekaligus melayani peminatnya untuk sesi soal jawab tentang perniagaan semutnya.

Walaupun menangkap semut bukanlah satu perkara yang mudah tapi, kedai John Ye menyimpan 30 hingga 40 spesies yang dikumpulkan olehnya serta pasukannya di sekitar Singapura. Unik sungguh kan?

Apa pun, jangan sampai memudaratkan diri.

Sumber: facebook

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement