Semasa & Hiburan
Pemuda Ini Kongsi Kenapa Malaysia Lambat Terima Vaksin COVID-19
Biar lambat asal selamat…
Dengan berita Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo yang baru sahaja menerima vaksin COVID-19, tentu ramai rakyat Malaysia yang tertanya-tanya kenapa kita lambat menerima vaksin tersebut. Disebabkan banyak spekulasi yang berlegar di media sosial, pemuda ini tampil dengan penjelasan kenapa Malaysia lambat menerima vaksin COVID-19 berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Singapura.
Ada yang bising kenapa Indonesia boleh dapat vaksin dulu. Lepas tu bising juga bila kerajaan sign perjanjian dengan Sinovac yang keberkesanannya cuma 50%. Sinovac tu kan vaksin sama yang Jokowi kena cucuk tu.
Mana gif Ahmad Maslan bingung aku nak copy paste.
— 🇲🇾 RimauMenangis (@RimauXI) January 14, 2021
Melalui perkongsian di Twitter, pemuda tersebut menjelaskan terdapat beberapa vaksin yang datang daripada syarikat berbeza untuk dihantar ke negara-negara luar. Seperti Indonesia, mereka mendapat vaksin Sinovac yang mana keberkesanannya dikatakan sebanyak 50% sahaja. Manakala negara Bahrain menerima vaksin Sinophram yang mana menggunakan ‘whole virus’ iaitu virus COVID-19 itu sendiri yang dilemahkan. Manakala Arab Saudi dikatakan sudah mula memberikan vaksin CanSino kepada rakyatnya, yang mana vaksin tersebut diluluskan untuk kegunaan ketenteraan sahaja.
Jenis vaksin:
1. Viral vector: suntik virus lain yang tidak berbahaya tetapi diubah untuk mengandungi kod genetik COVID-19
2. RNA: suntik versi sintetik yang mengandungi sebahagian kod genetik COVID-19
3. Whole virus: suntik virus COVID-19 yang dilemahkan atau dinyahaktifkan pic.twitter.com/6cisfFcvCJ
— 🇲🇾 RimauMenangis (@RimauXI) January 8, 2021
Jadi menurut perkongsiannya, Malaysia yang cuba mendapatkan vaksin Pfizer adalah kerana ia merupakan vaksin yang diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) dan mempunyai tahap keberkesanan lebih tinggi. Dalam pada itu, hal berkaitan pendedahan harga vaksin pula tidak sepatutnya menjadi satu isu kerana ia akan melanggar perjanjian pembekalan vaksin. Kalau terbatal perjanjian ini, kita juga yang susah sebab vaksin masih tak sampai ke Malaysia lagi.
Malaysia Di Jangka Terima Vaksin Pfizer Hujung Februari Ini
Dalam pada itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia dijangka menerima bekalan vaksin Pfizer untuk fasa pertama pada hujung Februari ini. Sebanyak 1 juta dos akan diagihkan pada suku pertama tahun ini, manakala 1.7 juta dos pada suku kedua. Bagi suku ketiga pula, sebanyak 5.8 juta dos akan diagihkan, dan suku terakhir tahun ini adalah sebanyak 4.3 juta dos. Sebagai perbandingan, Korea Selatan hanya menerima vaksin Pfizer ini pada suku ketiga tahun ini. Kira negara kita lagi cepatlah cari Korea Selatan.

Image via:https://www.livemint.com/
Maka pemuda tersebut merumuskan, soal lambat atau cepat perlu dilihat dari sudut keberkesanan dan kelulusan NPRA terhadap vaksin tersebut. Jika vaksin yang diterima itu cepat namun kurang berkesan, maka lebih baik tunggu untuk terima vaksin yang betul-betul berkesan. Jadi harap semua dapat melihat usaha kerajaan untuk mendapatkan vaksin ini secepat mungkin sebagai langkah terbaik untuk semua rakyat.
Baca juga artikel menarik lain:
‘Biar Malu Jumpa Orang’ – Bapa Sengaja Botakkan Bahagian Tengah Kepala Anak
Risiko Berkepala Botak Diburu Oleh Pengamal Ilmu Hitam!
Sumber daripada: Twitter