Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Pehal Zizan nangis..” Netizen Terhibur Tengok Reaksi Zizan Razak Semasa Kamal Adli Lamar Uqasha Senrose

Alahai.. sian Zizan!

Published

on

Keserasian Kamal Adli dan Uqasha Senrose di dalam drama gandingan mereka dan di luar set penggambaran membuatkan ramai mahu melihat mereka bersama. Namun, segala teka-teki terjawab apabila Kamal membuat kejutan melamar Uqasha secara langsung semalam.

Tetapi, bukan itu sahaja yang menarik perhatian netizen. Semasa lamaran itu dilakukan, kamera sempat menunjukkan reaksi pelakon, pelawak dan penyanyi Zizan Razak yang kelihatan agak keliru ketika itu. Selain komen ucapan tahniah kepada pasangan Kamal Adli dan Uqasha Senrose, ramai juga yang memberi ‘kata-kata semangat’ kepada Zizan! Ini antara komen yang mencuri perhatian kami..

Jodoh, pertemuan, ajal dan maut adalah rahsia Allah SWT. Jadi kita tunggu sahaja siapakah wanita bertuah yang dilamar dan bakal jadi suri hati Zizan Razak! Kita doakan yang baik-baik aje ya..

Terdahulu, Kamal dan Uqasha menjadi salah satu pasangan artis untuk menyampaikan anugerah pada acara tersebut. Selesai sahaja dua anugerah, Kamal secara tiba-tiba memaklumkan dia ada pengumuman penting untuk disampaikan kepada umum.

Lebih mengejutkan, Kamal secara tiba-tiba melutut dan melamar Uqasha. Kamal turut bertanyakan adakah Uqasha sudi berkahwin dengannya dan Uqasha memberi jawapan ‘ya’. Aksi Kamal itu ternyata mengejutkan penonton dan rata-rata bersorak dengan perkhabaran gembira itu.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kamal Adli Melutut Melamar Uqasha Senrose Secara Langsung!

Ada apa dengan Uqasha Senrose, Kamal Adli?

 

 

 

Sumber: Instagram Rotikaya

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement