Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Sakit Sejarah Lama Itu Masih Terasa…” Normala Samsudin Kongsi Cabaran Anaknya Nak Kahwin

Semoga dipermudahkan urusan..

Published

on

Ramai bakal pengantin memilih hujung tahun untuk melangsungkan majlis mereka kerana mereka sempat untuk mengumpul duit dan membuat persediaan perkahwinan dari awal tahun. Namun, sejak pandemik Covid-19 melanda, ramai bakal pengantin terjejas kerana tarikh dan tempat adalah terhad disebabkan pelbagai peraturan perlu dipatuhi untuk memastikan keselamatan orang ramai. Oleh itu, pelbagai cabaran telah mereka hadapi antaranya ramai bakal pengantin telah menukar tarikh, menunda perkahwinan dan ada juga yang telah membatalkan terus rancangan perkahwinan mereka.

Situasi ini turut terkesan oleh ikon pengacara tanah air, Puan Sri Normala Samsudin. Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Puan Sri Normala meluahkan rasa sedih dan kesal dengan pihak Jabatan Pendaftaran Pernikahan seperti tidak memahami situasi anaknya. Puan Sri Normala juga menjelaskan bahawa tahun 2020 merupakan satu tahun yang penuh dugaan untuk setiap insan namun ia bukanlah satu alasan untuk kita tidak berbuat baik sesama insan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Normala Samsudin (@normalasamsudinofficial)

“Pernikahan, majlis perkahwinan anak (kalau dibenarkan) akan kita patuhi ketetapan SOPnya. Tiada pertikaian.

“Cerita semalam, saya memahami perasaan anak muda yg mahu memulai alam rumahtangga itu amat penting. Sebagai Ibu bapa kita cari penyelesaian sebaik mungkin, akur apa jua permintaan, dlm keadaan serba serbi kurang dari biasa.

“Di saat ini, Apa yang saya harapkan sebagai ibu, yang pernah gagal dlm perkahwinan pertama, supaya ia tidak berulang pada anaknya, namun itu ketentuan Allah jua.”

Tambahan beliau, perasaan sedih dan terkesan dengan peristiwa semalam seakan telah membuka luka lama. Perpisahan dengan suami pertamanya sebelum ini telah memberi kesan kepada anaknya yang kini hanya mahu membina masjid dan sebuah keluarga yang bahagia bersama pasangan pilihannya dalam masa terdekat. Ibu mana tidak mahu yang terbaik untuk anaknya.

Beliau turut memohon pihak yang berkenaan supaya lebih prihatin, sensitif serta memahami perasaan anak-anak muda yang lahir dari ibu bapa yang berpisah dan bantulah mereka untuk menikah dengan tertib. Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan siapa yang terlibat cuma mahukan pihak berkenaan memperbaiki kelemahan yang ada.

“Allahu besarnya dugaan untuk anak perempuanku untuk menikah, perlukah dia lalui torehan perasaan sejarah ibu ayah?? Seisi keluarga tertekan dan terkesan dengan apa yang berlaku di Jabatan pendaftaran Pernikahan kelmarin, tak perlu saya sebutkan siapa dan kejadiannya.”

Benar, tidak mudah untuk mendirikan rumah tangga lebih lagi dengan situasi sekarang. Namun, bersamalah kita anggap ini adalah salah satu dugaan yang perlu kita harungi dan tempuh untuk kita pelajari kelemahan masing-masing.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

5 Tahun Berkahwin, Baru Tahu Air Mani Suami Tak Ada Sperma

“See You Next Year Malaysia!” Zahirah MacWilson Mahu Bersalin Di Luar Negara?

 

 

 

 

 

Sumber: Instagram Puan Sri Normala Samsudin

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement