Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Payment Pun Tak Bayar Beriya Nak Saman Ye..”- Zarina Anjoulie Dakwa Di ‘Block’ Ogy

Stay safe, stay at home tau!

Published

on

Isu panas di antara pelakon Zarina Anjoulie, Emelda Rosmila dan Amyza Aznan nampaknya masih belum selesai. Sebelum ini Zarina telah menghantar dua surat tuntutan permohonan maaf dan pampasan sebanyak RM4 juta secara berasingan kepada Elmelda dan Amyza kerana kedua-duanya dipercayai telah menjatuhkan reputasinya melalui posting dan komen berbaur fitnah di Instagram dan Telegram.

Mengimbau kembali kontroversi ini, antara individu lain terlibat di dalam isu tersebut adalah pelakon Fauziah Ahmad Daud yang baru-baru ini juga dikaitkan dengan masalah tunggakkan bayaran seorang penulis skrip teater komedi Korupsi Dewan Semandung.

Baca: Hampir Setahun, Ogy Ahmad Daud Masih Tak Bayar Upah Penulis Skrip Lagi

Melalui posting terbaru Zarina, dia mendakwa akaunnya telah di ‘block’ oleh Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra dipanggil Kak Ogy.

 

Hello mak cik Haritu beriya “ill call my lawyers” nak saman saya … Payment orang pun hang tak bayar lagi beriya nak saman saya ye @ogyahmaddaud . kak_ogy dia block aku.”

Tidak pasti apakah sebab sebenar dirinya disekat daripada akaun Instagram Kak Ogy, namun posting yang sama dikongsi Kak Ogy dan Emelda di Instagram mereka berkaitan ‘Kaki Sembang’ yang dibenci Rasulullah SAW.

Apa pun, moga isu panas di antara mereka dapat diselesaikan dengan cara baik okay! Kes COVID-19 pun tiada tanda penurunan, sama-samalah kita jaga kita. Stay safe, stay at home tau!

 

 

 

 

 

Sumber: instagram 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement