Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Patutlah Nampak Tinggi” – Andi Bernadee Kantoikan Diri Sendiri Nampak Tinggi Dalam Drama

Andi Bernadee kongsi macam mana dia boleh nampak tinggi dalam drama…

Published

on

Nama Andi Bernadee ni semakin hari semakin disebut-sebut dalam kalangan peminat. Selepas dikenali menerusi sebuah program nyanyian, kini dia semakin aktif dalam dunia lakonan. Dalam drama terbaharu Andi yang berjudul ‘Melastik Ke Hatimu’, dia dilihat mememang watak utama sebagai Ziyyad dan digandingkan dengan pelakon wanita, Janna Nick.

Buat para peminat yang mengikuti lama sosial Instagram Andi tentu tahu tentang karakternya yang lucu dan sering menghiburkan hati. Tapi dalam drama tersebut, Andi dilihat memegang watak yang agak serius. Walau dengan watak serius pun, Andi sempat kantoikan diri sendiri tentang ketinggian sebenarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #KaisPagiKaisPetang (@andibernadee)

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Andi menunjukkan satu babak di mana dia berdiri dihadapan Janna Nick dan kelihatan dia tinggi sedikit berbanding Janna. Namun itu hanyalah ilusi apabila video tersebut memaparkan Andi sebenarnya sedang berdiri atas satu objek kuning untuk membuatkan dia kelihatan lebih tinggi.

“Penat berdiri kt situ , Take Care  je dia bagi,” tulis Andi yang sedang mengambarkan babak dilakonkannya itu.

Dalam pada itu, warganet sempat juga bergurau di ruangan komen dengan menyatakan Andi kurang menjadi bawa watak serius sebab wajahnya masih kelihatan kelakar. Amboi sampai begitu sekali usikan kepada Andi. Ada juga yang berseloroh dan meminta Andi untuk mengenakan kasut tumit tinggi selepas ini. Apa-apa pun, gandingan Andi Bernadee dan Janna Nick tetap menjadi dalam drama “Melastik Ke Hatimu’ yang bersiaran di TV3 setiap hari Rabu hingga Sabtu pada jam 9 malam. 

Baca juga artikel menarik lain:

Nak Bawa Apa Sekiranya Kena Kuarantin Di MAEPS? Ini Antara Persiapanya

Komik Popular Malaysia ‘Lawak Kampus’ Bakal Menemui Peminat Di Kaca TV!

 

 

 

 

Sumber daripada: Instagram

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement