Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Patut Bagi Extra Sikit Upah Jagakan Anak..”- Farah Lee Bising Nafkah Bagai Haji Bakhil

Farah Lee tuju pada siapa tu?

Published

on

Perkahwinan yang tidak menjadi bukan halangan buat wanita ini terus berjaya dalam hidupnya. Nama Farah Lee sehingga kini dikenali ramai kerana kegigihannya membesarkan anak seorangan diri di negara orang sebelum ini dan kini pulang ke Malaysia menjadi usahawan dengan pakaian jenamanya sendiri.

Posting terbaru Farah Lee seakan tembakkan pedas kepada golongan bekas suami/ayah yang berkira-kira dalam memberikan nafkah kepada anak sendiri. Sudahlah anak dijaga bekas isteri, nafkah pula diberi sedikit ibarat kedekut dengan duitnya.

Ada juga berteka-teki sama ada posting tersebut ditujukan kepada bekas suaminya sendiri atau sekadar luahannya sahaja.

Ramai parents ingat rezeki mereka itu adalah hak mereka sampaikan berkira-kira untuk invest dalam education dan well-being anak-anak, tapi untuk diri sendiri maintenance kemain.

Banyak rezeki kita itu adalah rezeki anak, kita hanya perantara sahaja. Jadi setakat mampu, tak perlulah berkira sangat untuk spend kepada anak-anak especially untuk masa depan dan ilmu mereka.

Nak-nak ayah2 yang terlalu busy berkerja atau yang dah bercerai anak duduk dengan bekas isteri. Tanggungjawab nak sendiri bagi ilmu tu dah tak mampu, nak bagi nafkah anak alahai aji bakhil pulaknya. Patut bagi isteri/bekas isteri extra sikit kira upah dia jagakan well-being anak-anak untuk kita.

Ingat, anak ni pinjaman Allah dari Syurga untuk kita, amanah untuk kita didik dan jaga. Moga dapat kita pulangkan semula mereka ke Syurga juga, inshaAllah amin 🤲🏻

 

View this post on Instagram

 

A post shared by F. L. (@farahlee_)

Ramai juga bersetuju dengan kenyataan daripada Farah Lee tersebut;

Farah Lee sebelum ini pernah berkahwin dengan personaliti TV, Ally Iskandar pada Januari 2012 namun perkahwinan tersebut tidak berjaya dan mereka berpisah pada Ogos 2016. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini dijaga oleh Farah sendiri.

Apa pun, ada benarnya apa yang diluahkan Farah Lee. Tanggungjawab seorang ayah perlu ditunaikan dengan penuh kepada anak walaupun sudah bercerai dengan isteri. Anda setuju?

 

Baca juga:

“See You Next Year Malaysia!” Zahirah MacWilson Mahu Bersalin Di Luar Negara?

Gambar Dalam Pantang Fazura Viral Hanya Kerana..

 

 

 

 

 

Sumber: Instagram 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement