Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Patah Hati Ke Tu?” – Fedtri Yahya Balas Pantun KKM, Netizen Pun Turut Pamer Bakat Berpantun

Sedap juga Fedtri Yahya balas pantun dalam ciapan KKM tu. Ada yang nak balas pantun juga ke?

Published

on

Keunikan budaya orang Melayu ni sebenarnya banyak, dan salah satunya terletak pada kebolehan berpantun dan membalas pantun. Sebenarnya bukan mudah untuk mengenakan pantun dengan menggunakan ritma-ritma atau perkataan yang cantik disamping membawa maksud tersirat yang cuba disampaikan. Namun, i juga tidak susah untuk dipelajari.

Kalau di media sosial, antara yang sering ‘belanja’ atau membalas pantun di situ ialah Ahmad Fedtri Yahya, yang juga merupakan seorang personaliti televisyen. Pantun yang ditulisnya itu juga sering mendapat perhatian wargamaya, dan terbaharu pantun balas kepada akaun Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula menjadi perhatian. 

Dalam ciapan yang dikeluarkan KKM mengenai kebaikan memakan buah pisang, ciapan tersebut disertakan sekali pantun. Namun, pantun tersebut seolah-olah memberi bayangan bahawa admin KKM sedang melalui fasa ‘patah hati’. Mungkin ia sekadar gurauan. Sementara itu, Fedtri terus tampil membalas pantun tersebut yang seolah-olah menyampaikan maksud untuk tidak mengejar seseorang yang tidak mahukan kita. Sangat ‘deep’ maksudnya!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AHMAD FEDTRI YAHYA (@fedtriyahya)

Dalam pada itu, wargamaya yang lain juga tidak melepaskan peluang untuk turut membalas pantun daripada KKM. Rata-rata pantun yang dihasilkan oleh wargamaya juga menarik, di samping ada juga yang lucu.

Bagaimanapun, itulah salah satu cara bagi Fedtri Yahya untuk terus memartabatkan warisan bangsa Melayu dengan meraikan budaya berpantun di media sosial. Ada yang nak belanja pantun juga ke? 

Baca juga artikel menarik lain:

Rumah Hangus Terbakar Sejam Sebelum Majlis Pertunangan, Barang Hantaran Tak dapat Diselamatkan

“Drama Korea Sangat” – Maryam Cuba Tiru Gaya Mawar Rashid Dan Suami, Sampai Tergolek Dibuatnya

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement