Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Pakai Wireless Kot Tangkap Ikannya..” Cara Redza Rosli Pegang Joran Bikin Warganet ‘Sakit Mata’

Babak tersebut kemudiannya telah menjadi bahan gurauan oleh warganet dan merasakan perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku. 

Published

on

Buat peminat drama pasti menanti-nati saat pulang ke rumah untuk menonton drama kegemaran selepas penat bekerja seharian. Terbaru, drama bertajuk Tak Sempurna Mencintaimu yang baru ditayangkan di slot Akasia TV3  telah menarik perhatian warganet selepas bersiaran beberapa episod.

Bukan sahaja barisan pelakon drama tersebut telah menarik perhatian warganet, malah ada beberapa babak dalam drama berkenaan telah tular apabila ada sesetengah warganet yang juga mungkin gemar memancing berasa tidak selesa melihat pelakon utamanya, Redza Rosli memegang spinning joran dengan cara yang salah.

Babak tersebut kemudiannya telah menjadi bahan gurauan oleh warganet dan merasakan perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku.  Ada yang luahkan cara Redza Rosli memancing itu dilihat begitu janggal dan bukan seperti kebiasaannya.

Selepas episod itu di muat naik di YouTube Drama Sangat Official, ia telah tular pula ke Facebook gara-gara kesalahan kecil yang mungkin tidak disedari pelakon dan juga produksi drama. Warganet di Facebook juga sempat menyindir cara pelakon itu memegang spinning joran ketika adegan memancing kerana dilihat tidak logik. Rata-rata berseloroh dengan mendakwa tindakan tersebut merupakan cara baru untuk memancing ikan menggunakan joran.

Buat anda yang mungkin tidak tahu tentang drama lakonan Redza Rosli ini, ia bersiaran sejak 29 Mac 2021 di Slot Akasia TV3 jam tujuh malam dan diarahkan oleh Emi Suffian. Ada beberapa pelakon hebat tanah air yang lain turut membintangi drama ini iaitu Intan Najuwa, Wan Maimunah, Fendy Bakry dan ramai lagi. Apapun, semoga selepas ini Redza belajar pegang joran dengan cara yang betul ya.. kesian Redza jadi bahan pula!

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Izara Aishah Tempelak Instafamous Jadi Pelakon, Perjelas Ciapan Tiada Kaitan Dengan Sharifah Rose

‘Asalkan Orang Lain Selamat’ – Pelakon Ini Turap Jalan Guna Duit Sendiri

Sumber: Facebook Sentak

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement