Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Pakai Otak Bukan Pakai Benda Ni” – Jawapan Aaisyah Jawab Soalan Matematik Buat Che Ta Rasa Nak ‘Koyak’ Mulut

Amboi Aaisyah bukan main senang jawab soalan matematik ye…

Published

on

Bila tengok anak-anak kita tekun belajar dan memahami apa yang dipelajarinya itu, tentu hati seorang ibu atau bapa akan menjadi senang. Bukannya apa, kalau kita dah nampak anak kita mudah faham apa yang dipelajarinya, tak adalah risau tentang pelajarannya sangat. Semasa anak di usia kecil, kitalah yang paling kerap pantau anak-anak belajar. Yelah nak tengok dia belajar tu betul ke tak.

Golongan selebriti juga tidak terlepas dengan proses memantau anak-anak belajar, dan terbaharu perkongsian itu dimuatnaik oleh pelakon Rozita Che Wan, atau lebih mesra disapa Che Ta di Instagramnya. Che Ta memuat naik video memaparkan anaknya, Aaisyah Dhia Rana sedang melakukan ulangkaji mata pelajaran matematik. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AAISYAH DHIA RANA (@aaisyahdhiarana111)

Dalam video tersebut, dapat dilihat Che Ta meminta anaknya itu untuk membuat perkiraan sebelum menjawab soalan dalam buku latihan itu. Bagaimanapun, jawapan yang Aaisyah beri buatkan Che Ta rasa nak ‘koyakkan’ mulut anaknya itu.

“(Kira) pakai otak, bukan pakai benda ni,” jawab Aaisyah kepada ibunya sambil menjawab soalan matematik itu dengan mudah.

Ternyata jawapan spontan Aaisyah itu membuatkan ramai terhibur. Mungkin tak sangka dia akan beri jawapan yang macam tu. Apa-apa pun, Aaisyah kelihatan yakin dengan mata pelajaran matematik dan semoga terus berusaha belajar sehingga cemerlang.

Baca juga: Tular Safiey Ilias Buat Video Live Tak Senonoh Dengan Budak ‘Underage’, Netizen Mahu Tindakan Keras Diambil

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement