Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Pakai Baju Santa Claus Pun Salah? Jangan Buat Islam Complicated..”- Fasha Sandha

“Bukan bererti pakai jubah itu baik..”

Published

on

Beberapa hari ni, kecoh isu selebriti tempatan dikecam hanya kerana menggayakan baju Santa Claus sempena sambutan perayaan Hari Natal lepas.

Rata-rata netizen tidak senang melihat artis tempatan yang beragama Islam berbuat demikian kerana ia dilihat seperti menyokong penganut agama tersebut.

Tidak berdiam diri, Fasha Sandha yang turut dikecam tampil bersuara dengan posting sementara di instagramnya berbunyi;

Kesayanganku,
Semalam saya buat posting Aisha memakai baju cute santa claus
Tiba2 ramai pula ustaz ustazah netizen masuk.
Hmmm dah takde keja gamaknya, ramai nya ustaz ustazah jadian ni.
Apakah masalahnya anak saya pakai costume tu, just for fun, kata mereka, saya nak menyambut Christmas. Habis tu kalau pakai cheongsam dan sari? Salah juga ke? Haram ke?
Hello, pls la jangan buat ‘ISLAM’ jadi complicated sangat, please.Takkan la pakai baju santa clause pun salah?
Jangan lah bagi orang takut dengan islam…
Bare in mind wahai saudaraku sekalian,
Come on la, pemakaian tidak melambangkan hati seseorang pun.
Bukan bererti pakai jubah itu baik
Ramai je kawan2 saya yang bertudung tapi abaikan solat, tapi yang free hair pula tak pernah lupa 5 waktu…
jangan nilai orang bab pemakaian boleh tak? Lilahi, depan mata saya,
Ada juga perempuan yang menutup aurat sepenuhnya , belajar tinggi ke universiti tapi pengotor, pemalas, tinggal solat dan selalu melawan cakap orang tua…
Ada yang luaran nya nampak sosial, belajar spm je tapi pembersih, utamakan solat, mengutamakan keluarga dan menghargai orang lain..
Jadi kenapa nak nilai dari LUARAN,
Hello, cukup2 la nak cari kesalahan orang lain… yang berjubah bersongkok pun tidak semestinya baik kan?
Pokok pangkalnya hati…
Eh, dah tak ada kerja gamaknya, anak ku Aisha Amaira yang baru 4 bulan pun nak kecam sbb pakai costume ni. Get a life pls.
Tak habis2 nak kecam, orang melamar secara terbuka pun korang sibuk nak kecam, orang sweet2 buat video youtube pun korang kecam?cakap bab2 agama semua… tak suka, unfollow sudah,tak habis2 nak kecam artis? Takde keja gamaknya, eh tak suka, tak payahlah tengok, banyak lagi benda lain yang lebih utama untuk difikirkan daripada nak cari kesalahan orang lain.
Cuba tengok diri sendiri punya silap.
Saya pun tak sempurna….
(mood rajin nak menulis)
Will delete soon.

Ada benar juga apa yang diperkatakan Fasha. Mungkin niat sesetengah kita hanya mahu meraikan perayaan yang pelbagai di Malaysia, tidak lebih dari itu. Apa pula komen anda?

 

 

 

Baca juga:

Keluar Sambut Hari Jadi Ketika Berpantang, Fasha Sandha Ditegur Netizen

Posting Seakan ‘Hint’ Keluarga, Menguatkan Ura-Ura Hubungan Neelofa dan Hariz Bermasalah?

 

 

 

 

Sumber: Instagram

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement