Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Orang Ni Jual Kurma, Orang Tu Pun Jual Kurma..” Fattah Amin Jual Kurma, Warganet Samakan Seperti Neelofa

Ada yang menyatakan selepas Neelofa menerima perhatian hampir dua minggu berturut-turut, kini Fattah Amin pula cuba menyinari dan ambil alih perhatian warganet.

Published

on

Bulan Ramadan hampir tiba jadi sudah pasti ramai yang sudah mula mencari menu hidangan berbuka dan semestinya buah kurma untuk berbuka puasa. Umum tahu, Neelofa kini menjual kurma keluaran syarikatnya dan tidak ketinggalan Fattah Amin juga sudah bergelar saudagar kurma, Tamar Fatima yang diberi nama sempena puteri kesayangannya, Nur Fatima.

Terbaharu Fattah Amin membuat satu perkongsian di TikTok miliknya video yang menunjukkan dia sedang menjamah kurma yang disusun sambil disilih ganti dirinya bertukar baju dan gaya. Perkongsian tersebut telah meraih hampir 200,000 tontonan dan ia dilihat lain daripada apa yang selalu dikongsi oleh Fattah di mana ia seakan nampak muda dan mengikut trend masa kini.

@fattahaminTamar Fatima. ##PertamaDiRasa ##ComingThisRamadhan ##fyp♬ original sound – Fattah Amin

Baca juga: “Wah Macam Muka Daddy”- Ramai Geram Kecomelan Fatima, Wajah Dikatakan Ada Iras Fattah Amin

Namun, lain pula yang dilihat oleh  pengguna TikTok lain di mana mereka merasakan Fattah Amin seakan meniru Neelofa dan suaminya, Haris Ismail yang juga menjual kurma. Ada yang menyatakan selepas Neelofa menerima perhatian hampir dua minggu berturut-turut, kini Fattah Amin pula cuba menyinari dan ambil alih perhatian warganet. Bagaimanapun, ada juga beberapa komen positif yang diterima oleh Fattah mengenai produk terbaharunya itu. Ada yang menyatakan produknya itu sangat menarik dan ada yang tidak sabar nak membelinya hanya kerana Fatima!

Sementara itu, produk Fattah ini difahamkan masih belum dikeluarkan di pasaran sama seperti produk Neelofa dan suaminya. Mungkin mereka akan keluarkan secara serentak? Kita tunggu dan lihat sahaja..

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Purdah Tak Mampu Menutup Sifat Seakan Sombong Dan Angkuh” – Warganet Kecewa Terhadap Kenyataan Neelofa

Sumber: TikTok Fattah Amin

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement