Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Okay Nak Sebiji” – Dapat Motor Limited Edition, Zizan Razak Teruja Design Motor Satu-Satunya Dalam Dunia

Zizan Razak terima motor edisi terhad, katanya ada satu je dalam dunia…

Published

on

Bagi peminat motor, tentunya design motor menjadi antara kriteria yang dilihat sebelum membuat pembelian motor. Bila design dah cantik, ditambah pula dengan kuasa enjin dan spesifikasi lain yang canggih, memang menduga iman semasa nak beli motor. Yelah bukannya murah kita nak beli sebuah motor tu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869)

Mungkin semua dah tahu golongan selebriti juga ramai antaranya yang gemar dengan motor. Sampaikan tiap-tiap minggu boleh pergi ‘ride’ dengan kawan-kawan. Motor yang digunakan pula bukan yang biasa-biasa, dan rata-ratanya mencecah harga ribuan ringgit. Tapi, rasanya lepas ni motor selebriti terkenal ini, Zizan Razak, akan menjadi motor paling rare di Malaysia. Menurut Zizan, atau nama penuhnya Mohammad Razizan Abdul Razak, 37 tahun, motor yang baru sahaja diterimanya itu adalah satu-satunya yang ada di dunia. 

Baca juga: “Pehal Zizan nangis..” – Netizen Terhibur Tengok Reaksi Zizan Razak Semasa Kamal Adli Lamar Uqasha Senrose

“Alhamdulillah untuk hadiah dan kolaborasi yang cukup luar biasa ini. Jadi, inilah reka bentuk yang hanya satu dalam dunia, edisi Zizan Razak!,” tulis Zizan di ruangan kapsyen.

Wah, memang istimewa betul motor yang diterima oleh Zizan itu daripada salah sebuah jenama motor. Siap ada tertera nama ‘Zizan Razak’ di bahagian kepala motor. Selain itu, Zizan turut menganggap pemberian tersebut sebagai sebahagian hadiah sempena dengan ulangtahun kelahirannya. Nampaknya tak akan ada yang boleh lawanlah dengan motor Zizan ni

Dalam pada itu, menjengah di ruangan komen pula, ada juga yang menginginkan motor edisi Zizan Razak itu, termasuk rakan selebritinya seperti Nabil Ahmad dan Shuib Sepahtu. Tapi buat masa sekarang, nampaknya motor tersebut hanya akan dimiliki oleh Zizan Razak sahaja.

Baca juga: Remaja Perempuan Ini Hampir Mati Akibat Ketagih Bersenam Dan Hanya Ambil Makanan Sihat. Ini Puncanya…

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement