Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Netizen Ucap Selamat Tinggal Buat NTV7, Sarimah Ibrahim Imbas Memori Bersama Stesen TV Tersebut

NTV7 bakal digantikan dengan DidikTV KPM, ramai netizen berasa sedih dan ucap selamat tinggal termasuk Sarimah Ibrahim…

Published

on

Jika anda merupakan generasi yang lahir sekitar tahun 1990-an, mungkin rancangan kartun di televisyen sering menemani waktu siang anda. Tidak kira pada saluran televisyen yang mana, tentu rancangan kartun atau animasi merupakan rancangan yang kita nantikan. Walaupun pada usia dewasa kita dah tak menonton rancangan-rancangan kartun di TV, namun memorinya tetap terpahat di hati.

Baru-baru ini warganet menerima perkhabaran bahawa saluran televisyen NTV7 akan digantikan dengan saluran khas televisyen pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM bermula 17 Februari 2021. Bagi warganet yang berusia 20 tahun ke atas pasti berasa sedih dengan dengan berita ini, dan secara tak langsung terkenang rancangan-rancangan kegemaran di saluran NTV7.

Selepas dua dekad bersiaran, saluran DidikTV KPM bakal mengantikan NTV7 di mana ia merupakan salah satu inisiatif dalam memastikan pelajar mendapat akses percuma ilmu pengetahuan seperti di sekolah. Satu usaha yang baik buat para pelajar yang kini rata-rata perlu meneruskan pembelajaran mereka di rumah. 

Dalam pada itu, warganet membanjiri ruangan media sosial dengan ucapan selamat tinggal kepada saluran NTV7. 

 

Tidak ketinggalan juga pengacara dan pelakon jelita, Che Puan Sarimah Ibrahim yang turut menzahirkanhkan rasa sedih kerana terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saluran TV yang sinonim dengan slogan ‘I Feel Good’ ini. Beliau yang memulakan kerjaya di saluran tersebut mengimbas kembali kenangan sewaktu mengacarakan pelancaran saluran NTV7 bersama Rosyam Nor dan Hairie Othman pada 7 April 1998.

Goodbye ntv7malaysia .. i started my TV career here.. hosting the Launch Of NTV7 April 7th 1998…😍💪🏻 With Rosyam Nor…

Posted by Sarimah Ibrahim on Monday, February 15, 2021

“Selamat tinggal NTV7. Saya memulakan kerjaya saya di kaca TV menerusi saluran ini, kemudian menjadi pengacara dalam banyak rancangan bersama dengan NTV7. Memori kekal dalam ingatan, I still Feel Good,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.

Dalam sedih, beliau turut mengucapkan terima kasih atas kenangan sepanjang berkhidmat di NTV7. Dalam ruangan komen juga ramai warganet yang masih ingat pada zaman Sarimah menjadi hos bagi rancangan-rancangan TV di saluran tersebut. Jadi inilah selamat tinggal buat kita yang mempunyai kenangan manis bersama NTV7, dan semoga DidikTV KPM dapat memberi manfaat kepada seluruh pelajar sekolah di Malaysia. 

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Berang Isteri Tolak Dicium Dan Dipeluk, Bayi Berusia Empat Bulan Jadi Mangsa Amukan

Perdana Menteri Orang Pertama Disuntik Vaksin, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Bermula 26 Feb Ini

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement