Semasa & Hiburan
Netizen Tampil Beri Kata Semangat Dan Dorongan Buat Guru Yang Mengajar Di DidikTV
Dalam keadaan negara yang penuh dengan cabaran dek pandemik, ini yang sepatutnya dilakukan oleh kita semua…
DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara rasminya telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dengan pelancaran tersebut, seluruh jadual penyiaran dalam NTV7 akan dirombak mengikut kesesuaian dan memberi laluan kepada DidikTV dari KPM yang akan bersiaran setiap hari. Apa yang menarik, DidikTV ini juga memberi peluang buat warga pendidik sendiri untuk tampil mengajar di kaca TV.
Nampaknya bukan mudah untuk warga pendidik mengajar di kaca TV, namun ia tetap tidak mematahkan semangat mereka demi meneruskan kelangsungan pendidikan para pelajar dalam keadaan pandemik ini. Ramai juga warganet yang memuji usaha guru-guru untuk tampil mengajar menerusi siaran Didik TV.
Sebelum itu, tersebar agak luas video seorang guru sedang mengajar mata pelajaran Sains Tahun 2 dalam Bahasa Inggeris dalam salah satu slot rancangan di DidikTV. Meskipun gaya bahaya guru terbabit menerima beberapa teguran daripada warganet, namun ada juga yang mempertahankan guru tersebut dan memahami kemampuannya.
Dengan pelbagai reaksi warganet terhadap video tersebut, ramai yang tampil memberikan sokongan buat guru tersebut serta warga pendidik yang lain.
She is just a teacher trying her best to communicate her lesson plan. She probably has no broadcast experience. Yes her accent is not that of a native speaker but come on la. Have a heart. Empathy. U wanna bash a minister go ahead, elected official. A teacher is a public servant
— terrence dass 🇲🇾 #KITAJAGAKITA #GongXiFaChai (@terrencedass) February 18, 2021
Tiada masalah untuk guru menyampaikan bahan pembelajaran melalui tv pendidikan . Guru bukan dilatih untuk menjadi moderator atau pengacara tv . Banyak boleh diperbaiki cara penyampaian tapi jangan sesekali menghina mereka . Guru tetap guru kerja mereka mulia
— nazri kahar (@nazrikh) February 19, 2021
Alhamdullilah dah jumpa maklumat cikgu tu. Namanya Cikgu Rafidah. 💕💕💕 Terima kasih semua yang sangat baik dan positif. Drop your message to Cikgu Rafidah here!! https://t.co/YWE6mvCAky
— Ikhwan (@JatIkhwan) February 19, 2021
Dalam pada itu, pengacara terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor sempat memberikan kata semangat buat guru-guru yang berani keluar dari comfort zone dan mengajar di kaca TV.
“Hormat saya kepada semua guru yang berani melangkah keluar dari zon selesa, berdiri di hadapan kamera untuk mendidik. Bukan tugas yang mudah, malah mereka yang dah biasa di depan kamera pun masih gugup,” tulis Neelofa.
My utmost respect goes to all the teachers that have the guts to step out of their comfort zone, go in front of the camera to educate. It’s not an easy task to do so, even professionals still get nervous. Instead of criticising, let’s encourage and praise them for doing so.
— Neelofa (@Neelofa) February 19, 2021
Daripada mengkritik, lebih baik kita beri galakkan dan puji mereka kerana berani melakukannya. Semoga usaha guru-guru ini akan membuahkan hasil kepada sektor pendidikan negara. Jadi sebagai warganet, kita terus lihat pada sudut positif dan berikan sokongan yang sepatutnya.
Baca juga artikel menarik lain:
Lepas Suntik Vaksin Dah Tak Perlu Ikut SOP? Ini Penjelasan Khairy Jamaluddin
Upin Ipin Trending Di Indonesia Gara-Gara Berambut Lebat Dalam Episod Terbaharu