Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Tindakan Diva AA Beri Semangat Pada Wani Comel Dipuji

Semangat Diva Azwan Ali 2020!

Published

on

Ramai yang telah mengikuti kisah kemelut yang melanda antara usahawan kosmetik popular dan seorang gadis  bernama Wani Comel berikutan isu mengenai perjanjian kontrak yang didakwa berat sebelah sehingga kini masih menanti jawapan untuk penyelesaian mereka.

Baru-baru ini, pengacara sensasi Azwan Ali atau lebih mesra disapa Diva AA telah memuat naik satu perkongsian video pertemuan dia bersama Wani comel untuk memberikan kata-kata semangat.

Menerusi posting itu dapat dilihat Diva AA bertemu Wani yang juga peminatnya di salah sebuah hotel terkemuka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @divaazwanaavazzztersohor1

Selain itu, Diva AA juga sempat memberi nasihat kepada Wani untuk terus kuat dan tidak berpatah semangat dalam memperjuangkan haknya.

Tambahnya lagi, sekiranya Wani atau nama sebenar Nurul Airawani Nazira mempunyai ‘point’ yang tepat dan benar, dia harus memperjuangkan dan mempertahankan sehingga membuahkan hasil.

Perkongsian video itu telah menerima komen-komen positif netizen yang mengatakan Diva AA sangat memberi sokongan dan mereka turut mendoakan agar urusan Wani dipermudahkan kelak.

Terdahulu, Wani pernah membuat sidang media mendakwa dirinya ditipu dan dipergunakan oleh usahawan tersebut setelah menjalani pembedahan bariatrik selain menandatangani kontrak sebagai duta produk kurus.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Berderai Air Mata Diva AA Bila Luah Tentang Hubungan Dengan Ziana Zain

“Diva AA 2020!” – Ramai Teruja Azwan Ali Buat ‘Comeback’ Mengacara

 

 

 

 

 

Sumber: Instagram Diva AA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement