Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Netizen Puji Rosyam Nor Ajar Staf Mengaji

Semoga terus istiqamah!

Published

on

Hero nombor satu Malaysia, Datuk Rosyam Nor kini sudah lama mendiamkan diri dalam dunia seni. Mungkin ramai yang memikirkan dia kini sedang sibuk menguruskan perniagaannya, pasaraya Rosyam Mart miliknya di pelbagai cawangan.

Namun, semalam sebuah video telah dimuat naik menerusi akaun YouTube miliknya, Suhan Movies. Video tersebut menunjukkan Rosyam Nor atau nama sebenar Datuk Mohamed Noor bin Shamsuddin sedang mengajar pekerjanya mengaji iqra.

May be an image of one or more people, people standing and people sitting

Apa yang menarik perhatian kami lagi, pekerja yang Rosyam mengajar bukan saja lelaki tapi perempuan juga dan kesemua pekerjanya lebih kurang 20 orang. Hebat!

Cara Rosyam Nor mengajar pun boleh tahan garang walaupun ada kalanya menyelit sedikit jenaka.  Malah, Rosyam atau kini lebih dikenali Tok Syam bukan saja mengajar mengaji tapi turut memberi nasihat tentang kehidupan dan agama supaya pekerjanya tidak lupa pada Yang Maha Berkuasa.

Siapa sangka dalam kesibukkannya dia masih mempunyai masa untuk mendalami ilmu agama bersama pekerjanya. Beruntung kesemua pekerja di bawahnya mendapat bimbingan yang baik dari seorang majikan.

Semoga terus istiqamah!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Asalkan Orang Lain Selamat” – Pelakon Ini Turap Jalan Guna Duit Sendiri

Isu Kes Macau Scam, Pelakon Lelaki & Pengacara Wanita Pula Akan Dipanggil SPRM

 

 

 

Sumber: youtube

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement