Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Nenek 71 Tahun Ketagih Angkat Berat, Mampu Angkat Beban Seberat Seekor Anak Gajah!

Nenek berusia 71 tahun yang dinobatkan sebagai salah seorang nenek terkuat di dunia…

Published

on

Biasanya kita akan dengar orang kata kalau nak bersenam atau pergi ke gym, perlulah buat ketika usia kita masih muda. Namun tak semua rajin dan mempunyai masa terluang ketika muda, dan hanya terfikir untuk melakukan senaman ketika usia sudah layak digelar warga emas. Tapi larat ke kalau dah tua pun nak main gym lagi…

Usia bukanlah penghalang untuk seseorang melakukan aktiviti yang memerlukan tenaga orang muda, dan itulah yang dibuktikan oleh seorang wanita berusia 71 tahun apabila dia dinobatkan sebagai salah seorang nenek terkuat di dunia. Apa yang membuatkan nenek ini kuat? Dia dikatakan kerap menghabiskan masa selama 20 jam seminggu di gimnasium untuk bersenam, dan dia akui yang dia kini sudah ketagih untuk mengangkat beban.

Baca juga: Sejarah Dan Asal Usul Kepulauan Orang Melayu Di Australia

Menurut kisah nenek tersebut yang dikenali dengan nama Mary Duffy, dia mula ke gym mula ke gimnasium untuk menurunkan berat badan semasa berusia 59 tahun. Bagaimanapun, selepas berjaya menurunkan berat badan, Mary mengakui bahawa dia sudah ketagih untuk angkat berat. Walaupun rupa parasnya seperti nenek tua yang tidak mampu melakukan senaman, namun dia mampu mengangkat lebih banyak berat berbanding apa yang boleh diangkat lelaki separuh daripada usianya.

Mary dikatakan berjaya mencatat rekod dunia dengan mengangkat beban seberat 113 kilogram yang lebih berat daripada seekor anak gajah baru-baru ini. Wow memang bukan biasa-biasa kekuatan nenek ini! 

“Saya mula serius ke gimnasium kira-kira 10 tahun lalu selepas saya sedar berat badan telah naik. Selepas mencapai berat ideal, saya sedar saya mula ketagih untuk mengangkat beban dan membina otot,” kata Mary.

Walaupun dia mengakui aktiviti mengangkat berat di gym akan dilakukannya setiap hari, namun bila tiba hari yang memaksa dia untuk berehat atas faktor kesihatan, dia tidak akan memaksa dirinya. Dalam pada itu, Mary turut menyatakan badan dia berasa lebih cergas berbanding sebelum dia pergi ke gym ketika usianya 40 tahun.

Apa yang dilakukan Mary ini banyak memberi inspirasi kepada orang disekelilingnya. Oleh itu, bagi Mary tidak ada sebab untuk dia berhenti daripada melakukan aktiviti yang digemarinya itu. Mungkin kita juga patut menjadikan Mary sebagai inspirasi untuk lakukan aktiviti senaman agar badan dalam keadaan yang sihat.

Baca juga: Mak Dan Ayah Meninggal Sebab COVID-19, Kisah Adik Berumur 12 Tahun Jadi Gelandangan Undang Rasa Sebak Netizen

Sumber daripada: Kosmo & Daily Mail

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement