Semasa & Hiburan
Neelofa & Haris Umum Nak Buat Live Tapi Lain Pula Jadi
Semoga Haris dan Neelofa dipermudahkan segala urusan untuk mendirikan rumah tangga.
Kecoh dalam dunia hiburan pelakon terkenal, Neelofa bakal menamatkan status bujang dengan pendakwah bebas, Haris Ismail. Malah, desas-desus mengatakan mereka akan bernikah pada tahun hadapan semakin kuat kedengaran.
Semalam, Neelofa dan Haris membuat peringatan kepada pengikutnya menerusi laman Instagram bahawa mereka berdua akan mengadakan Live bersama bagi membantu orang ramai untuk menjana pendapatan.
View this post on Instagram
Tapi lain pula jadi apabila ramai yang seperti tidak menghiraukan mesej yang disampaikan tapi membanjiri ruangan komen dengan mengatakan mereka sudah tidak sabar melihat mereka berdua disatukan.
Lebih mengejutkan lagi, tidak sampai 12 jam video tersebut dimuat naik, ruangan komen tersebut hampir mencecah 3 ribu komen dan meraih lebih sejuta tontonan umum!
Apa pun, semoga Haris dan Neelofa dipermudahkan segala urusan untuk mendirikan rumah tangga.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Jurufoto Gigih Nak Ambil Gambar Gadis Mirip Neelofa Sampai Tersasul Panggil ‘Abah’
5 Kelebihan Aplikasi The Noor By Neelofa Yang Anda Patut Tahu
Sumber: instagram