Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Neelofa Kongsi Video Pendek Perkahwinan Kakaknya, Noor Nabila Sah Nikahi Engku Emran

Engku Emran turut menyerahkan sebentuk cincin kepada Noor Nabila sebagai mas kahwin…

Published

on

Nampaknya desas-desus mengenai hubungan Noor Nabila Mohd Noor dengan  Engku Emran Engku Zainal Abidin akhirnya terjawab dengan pernikahan mereka sebentar tadi. Menerusi perkongsian video pendek di Insta Story Neelofa, Noor Nabila yang juga bekas isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dilihat melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup di sebuah masjid di sini tanpa sebarang hebahan kepada media dan masyarakat.

Dalam majlis tersebut, Engku Emran turut menyerahkan sebentuk cincin kepada Noor Nabila sebagai mas kahwin. 

Sebelum ini, Engku Emran pernah melalui alam perkahwinan bersama dua selebriti terkenal, namun kedua-duanya gagal di pertengahan jalan. Perkahwinan bersama penyanyi dan pelakon terkenal tanah air, Erra Fazira, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya.

Sementara pernikahan keduanya ialah dengan pelakon dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella yang hanya bertahan dua tahun.

Sementara itu Nabila pula pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden. Namun perkahwinan itu juga tidak bertahan lama. Semoga perkahwinan Nabila dan Engku Emran ini akan kekal bahagia sehingga ke anak cucu.

Baca juga artikel menarik lain:

Izara Aishah Tempelak Instafamous Jadi Pelakon, Perjelas Ciapan Tiada Kaitan Dengan Sharifah Rose

Instafamous Berkebaya Merah Pamer Aksi Cekap Tunggang RX-Z Disaman JPJ

 

 

 

Sumber daripada: Instagram

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement