Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Nazia Mustafar Berang Ditawar RM1,500 Untuk Berlakon

Yang penting benda boleh bawa bincang…

Published

on

Nazia Mustafar menzahirkan rasa kecewa dan marah selepas ditawarkan bayaran sebanyak RM1,500 bagi empat hari sesi penggambaran untuk 28 babak.  Siti Naziyah Sheikh Mustafar yang juga merupakan antara pelakon yang lama dalam industri hiburan tanah air, memuat naik status yang melepaskan marahnya kepada pihak yang terbabit.

 

View this post on Instagram

 

Next time nk call artis nak bg job… Kenal pasti siapa artis tu … tolong lah ya… aku x pernah marah, tp aku rasa kali ni melampau… pastu bahasa agak kurang ajar… ‘ xnk xpelah ramai artis yg nak’… biadap betol… 😡😡😡😡😡.

A post shared by nazia mustafar (@naziamustafar) on

Menurutnya, pihak yang menawarkan harga berkenaan turut bertindak biadap kerana mengeluarkan bahasa yang agak kasar. Nazia juga berkata, dia jarang untuk meluahkan rasa marahnya, namun kali ini tindakan pihak berkenaan betul-betul menguji kesabarannya.

 

View this post on Instagram

 

I memang x reti marah lelama…. just let it be… tq semua kawan2 yg support saya.. love❤

A post shared by nazia mustafar (@naziamustafar) on

Dalam hantaran lain, Nazia memohon maaf kerana menzahirkan rasa marahnya di media sosial yang mana perkara tersebut tidak pernah dibuatnya sebelum ini. Menurutnya lagi, apa yang membuatkannya betul-betul kecewa bukan lah soal bayaran, sebaliknya ayat sinis pihak yang menawarkan kerja kepadanya. Walau bagaimanapun, Nazia sudah memaafkan pihak yang terbabit.

 

 

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement