Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Nampak Sweet Je Bersama” – Buat Video Pakai Baju ‘Pengantin’, Iman Troye Dan Naim Daniel Dikatakan Serasi

Iman Troye dan Naim Daniel buat video lagu raya bersama, ramai yang kata mereka nampak sweet…

Published

on

Nampaknya tak lama lagi kita akan memasuki bulan Ramadan, dan dengan itu mood raya pun akan tiba juga. Macam biasa lagu-lagu raya bakal menemani gegendang telinga kita semasa bulan Ramadan. Tak kira lagu baru atau lama, ia pasti akan dimainkan di radio. Tapi tentulah kita mahukan juga lagu raya yang baharu, biar segar sikit mood raya. Jadi banyaklah juga lagu raya yang baru dicipta, dan salah satunya adalah lagu raya dari Iman Troye yang berjudul Pejam Celik Hari Raya.

Tapi bukan soal lagu yang nak diceritakan, tetapi mengenai satu video yang dimuatnaik oleh Iman Troye memaparkan dirinya bersama penyanyi muda berbakat tanah air, Naim Daniel, menari dengan latar belakang lagu β€˜Pejam Celik Hari Raya’. Memang nampak comel mereka berdua menari menggunakan lagu tersebut, sampaikan ramai yang memberi komen menyatakan kedua-duanya nampak sweet bersama.

Baca juga:Β “Dah Berubah, Tidak Jaga Adab” – Iman Troye Dikecam Warganet Hanya Kerana..

Dalam pada itu, meninjau Instagram Naim Daniel pula terdapat satu gambar dimuatnaik yang memaparkan gambar Naim Daniel bersama seorang wanita yang diambil dari belakang. Rata-rata wargamaya merasakan bahawa wanita tersebut adalah Iman Troye, sehingga ada yang patah hati melihat mereka berdua.Β 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Walaupun ini hanyalah spekulasi yang ditimbulkan sendiri oleh wargamaya, namun peminat-peminat Iman Troye dan juga Naim Daniel tetap merasakan mereka berdua nampak sweet. Tapi ada juga yang kata nampak seperti adik beradik disebabkan Iman menyapa Naim sebagai β€˜Abang Sayang’.Β 

Apa-apa pun itu hanya gosip dari para peminat mereka. Tapi baru gosip pun dah ada peminat yang patah hati. Tak apa, kita doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka berdua.Β 

Baca juga:Β “Okay Nak Sebiji” – Dapat Motor Limited Edition, Zizan Razak Teruja Design Motor Satu-Satunya Dalam Dunia

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement