Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Nampak Muka Fazura Cemburu” – Tular Video Fattah Dipeluk Seseorang, Fazura Perjelas Cerita Sebenar

Gurauan je pelukan tu…

Published

on

Baru-baru ini tular satu video memaparkan Fattah Amin dipeluk oleh seseorang yang tak dikenali ramai. Dengan memakai pelitu muka, lagilah tak tahu siapakah gerangan yang memeluk tersebut. Dalam video tersebut juga, Fazura dilihat memberi reaksi wajah seakan-akan cemburu apabila melihat suaminya dipeluk.

Dalam pada itu, rata-rata wargamaya pula menunjukkan ketidakpuasan hati melihat aksi Fattah dipeluk, sehingga membuatkan Fazura cemburu. Bagaimanapun, Fazura tampil memberi penjelasan di akaun TikTok miliknya dan menyatakan individu tersebut merupakan kawan baiknya. 

Baca juga: “You Left Us Already?” – Sharifah Sakinah Dilihat Sudah Selamat Berada Di Luar Negara, Netizen Doakan Yang Terbaik Buatnya

Menurut Fazura, dia tidak menyangka video tersebut akan tular memandangkan ianya adalah video yang sudah lama diambil dan hanya dimuatnaik untuk throwback

“Sebenarnya tu gurauan je. Mereka memang suka bergurau macam tu, dan Vee tu memang suka kacau Faz dan Fattah. Harap tak ada salah faham lagi,” tulis Faz menjelaskan cerita sebenar.

Tambah Fazura lagi, video tersebut sengaja dimuatnaik semula sebab dia merasakan momen tersebut agak kelakar. Fazura turut menyatakan individu yang memeluk suaminya itu bukanlah Sherry Alhadad, tetapi kawan baiknya sendiri. 

Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata peminat Fazura yang sudah lama mengikutinya kenal dengan Vee dan faham ianya hanyalah gurauan. Biasalah kawan baik bergurau dengan kita. Bagaimanapun, Fazura tetap memohon maaf kerana sudah menimbulkan salah faham kepada semua peminatnya.

Baca juga: [VIDEO] Wan Maimunah Kongsi Kesedihan Tak Dapat Jumpa Anak-Anak Raya Tahun Ni Buat Netizen Bertakung Air Mata

Sumber daripada: TikTok

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement