Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Nama ‘Harimau Menangis’ Tak Boleh Digunakan, Ibu Neelofa Daftar Trademark Resipi Tersebut…

Nak letak nama harimau apa lepas ni…

Published

on

Memang adat orang berniaga kalau dah cipta satu produk baharu mesti nak dicap dagangankannya sebagai langkah melindungi jenama produk terbabit. Hal ini tidak hanya terpakai untuk produk barangan, tetapi menu masakan juga boleh kalau kita nak daftar sebagai trademark kita. 

Disebabkan kita boleh buat trademark untuk makanan, maka kecohlah warganet seketika apabila masakan ‘Harimau Menangis’ sudah dimohon untuk di trademark oleh ibu Neelofa, iaitu Noor Kartini Noor Mohamed di bawah Noor Khan Enterprise. Nampaknya ramai yang ‘menangis’ lepas ni sebab tak dapat gunakan nama ‘Harimau Menangis’ lagi kalau permohonan oleh ibu Neelofa tu diluluskan. 

Kontroversi terjadi selepas tular permohonan yang dibuat oleh Noor Kartini bagi mendapatkan cap dagangan untuk produk ‘Daging Harimau Menangis’ Aunty Tini Kitchen menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Bagaimanapun, ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan ibu Neelofa itu kerana resipi tersebut telah lama digunakan oleh ramai peniaga-peniaga. 

Daging Harimau Menangis ni pula dikatakan telah lama dijual di pasar tani sebelum ianya tular. Jadi mungkin sebab itu juga ada yang menyuarakan ketidakpuasan hati untuk resipi tersebut dipatenkan.

Dalam pada itu, terdapat juga seorang pengguna laman sosial yang menyatakan bahawa orang awam masih boleh buat bantahan untuk trademark tersebut. Menurut kenyataannya, permohonan dibuat oleh ibu Neelofa adalah pada bulan November, dan biasanya cap dangangan akan siap dalam tempoh enam bulan. 

Apa-apa pun semoga jumpa jalan penyelesaiannya ye bagi masalah ini. Mungkin kalau cap dagangan tersebut lulus, ramai peniaga yang terpaksa menanggung kerugian sebab dah tak boleh jual produk yang telah lama mereka niagakan tu.

Apa Tugas MyIPO?

Bagi anda yang tertanya-tanya apa tugas MyIPO ni, mereka sebenarnya menyediakan perkhidmatan pendaftaran untuk paten, tanda dagangan, reka bentuk industri, petunjuk geografi, dan pemberitahuan sukarela hak cipta. Jadi kalau anda rasa ada produk yang patut dipatenkan, baik buat cepat-cepat sebelum hasil penat lelah anda dicuri oleh orang lain. 

 

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

KKM Keluarkan Senarai Lokasi Secara Terperinci Bagi 11 Kluster Baharu

Keluar Kenyataan Akaun Twitter Diceroboh, Netizen Dakwa SKMM Cuba Sembunyikan Fakta Sebenar

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement