Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Nama Baby Dah Lama Ada, Akan Kongsi Pada Waktu Sesuai”- Zahirah MacWilson

Agaknya apa nama bayi sulung Zahirah ek?

Published

on

Rasanya ramai tidak sabar melihat bagaimanakah rupa bayi comel Aiman Hakim dan Zahirah secara full kan? Baru bagi teaser lesung pipit, dah nampak handsome tau!

Zahirah baru-baru ini telah melahirkan bayi lelaki pada 5 Januari lalu di Perth, Australia.

Sememangnya jarak yang jauh, ditambah dengan musim pandemik yang bagai tiada akhirnya, agak mustahil untuk Zahirah dan Aiman pulang ke tanah air bersama bayi yang baru lahir dalam masa terdekat. Ada juga portal berita yang bertanyakan kepada bapa Zahirah, iaitu Zainol MacWilson tentang perasaannya mendapat cucu sulung dan kini bergelar datuk.

“Syukur kedua-duanya iaitu anak dan cucu saya sihat. Saya serahkan kepada mereka sendiri untuk memberi nama. Kalau saya beri pun, mereka pasti ada pilihan sendiri. Tapi, saya seronok tatap gambar cucu yang dikirim mereka menerusi WhatsApp,” katanya.

Bagaimanapun, terdapat kenyataan daripada laporan tersebut yang kurang tepat apabila Zainol mengatakan nama cucunya masih belum ada.

Nama sudah ada

Menurut Zahirah menerusi perkongsian di Instagram story nya, nama anak sulungnya sudah lama ada namun, mereka hanya akan berkongsi apabila masanya sesuai.

“Nama baby dah lama ada, but we will share when the time is right.”

Pasti ramai tidak sabar nak tahu nama putera sulung mereka kan? Mungkin gabungan huruf Z dan A? Ha, sama-sama kita nantikan!

 

 

Baca juga:

“See You Next Year Malaysia!” Zahirah MacWilson Mahu Bersalin Di Luar Negara?

“Pakai Baju Santa Claus Pun Salah? Jangan Buat Islam Complicated..”- Fasha Sandha

 

 

 

 

 

Sumber: Instagram 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement