Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Nak Tumpang Tarawih Lah” – Bina Surau Di Rumah, Ramai Kagum Kesungguhan Tokti Menyambut Ramadan

Memang lawa reka bentuk surau yang disiapkan di rumah Tokti sempena menyambut bulan Ramadan ini…

Published

on

Alhamdulillah, kita sudah pun memasuki bulan Ramadan. Macam mana semua sahur tadi, ada yang terlepas ke? Kemeriahan Ramadan kini dapat dirasai dan tentu banyak persediaan kita lakukan walaupun Ramadan kali ini tidak sama seperti Ramadan pada tahun sebelum pandemik COVID-19. Namun persediaan kita mungkin biasa-biasa sahaja kalau nak dilihat kepada persediaan penyanyi nombor satu negara kita ni, Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada tahun ini.

“Alhamdullillah, semuanya siap untuk menyambut Ramadan nanti, surau di rumah saya. Semoga Allah Limpahkan rezeki buat kalian. Hasil Kerja yang sangat teliti dan memuaskan hati,” tulis Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tokti di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Menerusi muat naik terbaharu Tokti di Instagram miliknya, beliau ‘belanja’ para peminat dengan gambar surau di rumahnya yang baru sahaja siap. Tujuan pembinaan surau itu menurut Tokti adalah sebahagian daripada persiapan menyambut bulan Ramadan ini. Bolehlah melakukan amal ibadah, solat tarawih bersama keluarga tercinta.

Baca juga: “Tokti Makin Muda” – Buat Video Lipsync, Netizen Terpegun Siti Nurhaliza Kelihatan Makin Comel

Sementara itu, Tokti turut menitipkan sedikit perkongsian mengenai ganjaran membina masjid walau sekecil manapun usahanya. “Namun pengertian yang hendak dikhabarkan dari ungkapan ini sebenarnya ialah sekecil manapun sumbangan kita dalam membina masjid itu tetap diperkirakan oleh Allah ganjarannya,” jelas Tokti dalam perkongsiannya.

Dalam pada itu, rakan-rakan artis serta wargamaya turut memuji kecantikan reka bentuk surau yang baru disiapkan itu. Memang cantik sungguh! 

Sampai ada yang nak tumpang solat tarawih sekali dekat situ. Mungkin ini boleh dijadikan sebagai inspirasi kita semua untuk mewujudkan ruang khas solat bersama keluarga di rumah. Min pun rasa macam nak tumpang solat dekat surau rumah Tokti kalau lawa macam tu

Baca juga:Betul Ke Isi Secara ‘Terbalik’ Boleh Dapat Minyak Lebih? Pak Cik Shell Bongkar Kesahihan Dakwaan Ini!

Sumber daripada: Instagram

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement