Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Nabila Razali Mohon Maaf ‘Terkucil’ Semasa Persembahan AJL35, Rakan Artis Dan Netizen Tetap Beri Kata Semangat

Yang penting Nabila Razali dah cuba yang terbaik. Kita tunggu ‘comeback’ tahun depan pula…

Published

on

Kehangatan dan debaran menanti siapakah pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 sudah pun berakhir semalam dengan melihat lagu Gila dendangan Kaka Azraff, Loca B dan Noki diumumkan sebagai juara. Melalui tinjauan di media sosial, rata-rata wargamaya berpuas hati dengan kemenangan lagu Gila dan merasakan lagu tersebut layak bergelar juara. Di tempat kedua pula kita ada lagu Semalam nyanyian dan ciptaan Aina Abdul, dan tempat ketiga adalah milik lagu Belenggu Rindu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong nyanyian Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita.

Dari segi persembahan pula, rasanya semua dah lakukan yang terbaik. Bagaimanapun, persembahan lagu Peluang Kedua yang didendangkan oleh Nabila Razali menjadi antara kritikan hangat di media sosial. Semua gara-gara Nabila ‘terkucil’ di bahagian korus sewaktu menyampaikan lagu tersebut.

Mungkin segelintir wargamaya dengan pantas mengecam atau mengkritik persembahan Nabila, atau nama sebenarnya Nur Nabila mohd Razali, 29 tahun, namun kritikan dan kecaman tersebut tenggelam dengan komen-komen positif dari rakan-rakan artis serta wargamaya lain. Antara yang terus memberikan semangat buat Nabila adalah Neelofa dan juga penulis lirik lagu itu sendiri, Hael Husaini. 

Menerusi tinjauan di Instagram pula, Nabila turut memuat naik ucapan maaf diatas persembahannya semalam dan menyatakan dia sudah lakukan yang terbaik. 

“Awak adalah contoh inspirasi pada saya. Kerja keras dan selalu lakukan yang terbaik. Saya amat bangga dengan awak!” balas Hael lagi di ruangan komen hantaran tersebut. 

Tidak semua wargamaya yang turut serta dalam ‘jemaah’ kecam mengecam, sebliknya cuba untuk sebarkan kata-kata positif buat Nabila. Dalam pada itu, nama Nabila Razali dan juga lagu Peluang Kedua terus menjadi sohor kini di media sosial dan menjadi bualan ramai. Lagu ciptaan Hael Husaini itu juga turut diakui sebagai sebuah lagu yang hebat, namun mungkin tiada rezeki untuk kemenangan pada tahun ini. 

Untuk pengetahuan, Nabila antara 12 finalis AJL35 diadili oleh 10 juri profesional yang diketuai oleh ​Datuk Mokhzani​. Juri lain termasuklah Azmeer, Ajai, Datuk Syafinaz Selamat, Edrie Hashim, Helen Yap, AG Coco, LY, Datuk Acis dan Lukhman S.

Penghakiman pula dilakukan berdasarkan markah 80 peratus diadili terlebih awal iaitu dari segi melodi, lirik, vokal, produksi dan susunan dalam rakaman, manakala baki 20 peratus melalui persembahan, vokal termasuk susunan muzik secara langsung pada malam kemuncak. Apa-apa pun, Nabila sudah lakukan yang terbaik dan semoga pada AJL akan datang dia berkesempatan untuk buat ‘comeback’ dengan persembahan memukau. 

Baca juga artikel menarik lain:

Kisah Sebenar ‘The Exorcism Of Emily Rose’ Yang Ramai Tak Tahu…

“Siapa Jaga Siapa Ni?” – Gambar Terbaharu Anak Eyra Hazali Undang ‘Kegeraman’ Netizen

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement