Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Muntah Ikan Paus Ditemui Nelayan Bernilai RM1.16 Juta? Ini Sebab Ianya Amat Bernilai

Kat mana ye nak cari lagi muntah paus ni…

Published

on

Bagaikan duit jatuh dari langit bagi seorang nelayan di Thailand apabila menemui sebuah ketulan lilin yang dipercayai muntah ikan paus bernilai sebanyak 210,000 Pound (RM1.16 juta). Menurut laporan, Chalermchai Mahapan, 20 tahun, menemui ketulan ‘muntah’ seberat tujuh kilogram itu selepas botnya berlabuh di Pantai Samila yang terletak di wilayah Songkhla, selatan Thailand, pada 6 Januari lalu.

Menurut Chalermchai, muntah ikan paus itu ditemuinya selepas dia kembali semula ke pantai lebih awal akibat cuaca buruk selepas keluar menangkap ikan. Kemudian, semasa menolak bot untuk berlabuh, dia menjumpai sebuah ketulan berwarna putih di tepi pantai yang dihanyutkan arus laut. 

Pada mulanya, nelayan itu menyangka ketulan itu hanyalah batu biasa tetapi setelah melihatnya dengan lebih dekat, dia percaya mungkin sesuatu yang amat bernilai. Chalermchai kemudian membawa ketulan itu ke rumahnya untuk mengetahuinya lebih lanjut. Alangkah terkejutnya apabila mengetahui ketulan yang baru dia jumpai itu bakal membuatkan dia kaya. Jadi sebenarnya apa yang membuatkan muntah ikan paus ni begitu mahal?

Muntah Ikan Paus Digunakan Dalam Minyak Wangi

Bahan unik yang terdapat dalam ‘muntah’ ikan paus ni digunakan untuk menjadikan minyak wangi tahan lama. Bahan tersebut dikenali dengan nama ambergris. Bahan ini sering digambarkan sebagai salah satu kejadian semula jadi yang paling pelik di dunia. Ia dihasilkan oleh ikan paus ‘kepala kotak’ atau omputih sebut sebagai sperm whale, dan telah digunakan selama berabad lamanya. Cuma bagaimana ‘muntah’ ikan paus ni keluar dari dalam ikan paus dan terdampar di pantai masih kekal misteri. Sperm whale merupakan haiwan terbesar dalam kelompok paus bergigi, sekaligus menjadikan ia haiwan bergigi terbesar di dunia.

Sperm whale sebenarnya memang terkenal sebagai haiwan buruan di lautan. Biasanya ikan paus jenis ni akan diburu dan diambil bahagian minyaknya untuk dijadikan sabun, minyak lampu, dan juga ubat. Kiranya ikan paus ni memang dah dianggap sebagai haiwan yang bernilai di lautan. Tambahan lagi, kewujudan ambergris yang dipercayai dihasilkan oleh ikan paus tersebut telah menjadikan ikan paus tu spesis terancam. Bahan tersebut juga mempunyai sejarah di muka bumi ini selama 1.75 juta tahun dahulu dan manusia telah menggunakannya lebih dari 1,000 tahun yang lepas. Ia dianggap sebagai emas di laut.

Ambergris sering digunakan di dalam pembuatan minyak wangi. Ambrein, sejenis alkohol tanpa bau, diekstrak dari ambergris dan digunakan untuk menjadikan aroma minyak wangi tahan lebih lama. Selama beratus-ratus tahun, kualiti ambergris di dalam minyak wangi telah dikategorikan mengikut warnanya, dengan minyak wangi terbaik yang diperbuat daripada ambergris bewarna putih tulen. Ambergris hitam adalah yang paling tidak berharga kerana mengandungi ambrein yang paling sedikit.

Pernah Jumpa Muntah Ikan Paus Seberat 60 KG!

Pada tahun 2016, seorang nelayan di Oman bernama Khalid Al Sinani berjaya menemui ambrigis seberat 60 kilogram! Sumpah tu memang berat gila. Dikatakan semasa dia pulang dari kerja di laut, dia terhidu satu bau yang sangat busuk tak jauh dari kapalnya. Bila dia check, dia nampak satu objek besar yang terapung di atas laut. Dianggarkan ambergris yang dijumpainya boleh mencecah nilai 3 juta USD. Dalam sekelip mata dia menjadi jutawan segera. Memang tak perlu jadi nelayan lagi dah.

Baca juga artikel menarik lain:

“Stop The Medication!” – Netizen Pertikai Doktor Pakar Mata Beri Nasihat Di Luar Bidang

Tajuk Dijadikan Gurauan Penonton, Drama ‘Rahimah Tanpa Rahim’ Dedah Sindrom MRKH

 

 

 

 

Sumber berita: Utusan Malaysia

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement