Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Muka Saya Senget, Oh No!” – Faye Kusairi Alami Bell’s Palsy

Dia turut percaya bahawa ini adalah ujian yang perlu dia lalui dan harus diterima dengan hati yang terbuka

Published

on

Bagi yang tidak tahu apa itu penyakit Bell’s Palsy, satu simptom yang menyebabkan satu sisi muka seseorang menjadi lemah dan berlaku apabila salah satu daripada saraf yang mengawal otot-otot di muka menjadi rosak atau berhenti berfungsi.

Kerosakan saraf ini biasanya berlaku apabila saraf menjadi bengkak atau meradang kerana jangkitan dengan virus. Kebanyakan orang dengan Palsy Bells pulih sepenuhnya. Tetapi sesetengah orang mempunyai gejala Bell’s Palsy sepanjang hayatnya.

Bell palsy - Symptoms, diagnosis and treatment | BMJ Best Practice US

Sumber: bmj

Itulah yang berlaku pada salah seorang pelakon Faye Kusairi apabila memuat naik sebuah video pengakuan dirinya mengalami sindrom ini.

Menurutnya, dia tahu ramai yang risau keadaan kesihatannya sekarang tapi dia mengaku dirinya dalam keadaan baik cuma sukar untuk bercakap dan minum kerana keadaan separuh wajahnya senget.

Alhamdulillah doktor cakap saya dah ada banyak menunjukkan perubahan positif tapi jangan risau, keadaan muka saya ini bukan kekal. Cuma kena berusaha untuk sembuhkan,”

Malah, dia turut percaya bahawa ini adalah ujian yang perlu dia lalui dan harus diterima dengan hati yang terbuka serta ikhlas.

“Sama juga jangan riak bila kita diberi rezki kesihatan yang baik, tubuh badan mantap, wajah yang cantik dan sebagainya. Sentiasalah bersederhana,” tulisnya dalam kapsyen posting tersebut.

Kami dari Kool FM mendoakan agar Faya kembali sihat menyinari dunia seni semula serta dapat memberi motivasi kepada orang lain apabila menghadapi ujian.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Jangan Ambil Ringan, Ini Simptom Ekzema Pada Si Manja

6 Artis Kpop Ini Bergelar ‘Jutawan Album’

 

 

 

 

Sumber: instagram

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement