Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Muka fotostat! Raja Azura Kongsi Gambar Bersama Anak, Ramai Kata Muka Sama

Mana tidak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Kalau dilihat sekali pandang teringat zaman Kak Engku muda-muda dulu.

Published

on

Perkongsian terbaru di laman Instagram YM Raja Azura atau lebih mesra Kak Engku bersama anak perempuannya, Engku Puteri Mia Maizura yang lebih dikenali dengan panggilan Mia telah mendapat perhatian warganet. Ciapan berbunyi bertanyaan sama ada muka dirinya dan anak sama atau tidak dihujani komen dari beberapa orang selebriti dan warganet yang menyatakan muka dua beranak itu sama.

Bak kata pepatah, mana tidak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi betul tak? Itulah yang boleh dikatakan apabila melihat perkongsian gambar Kak Engku bersama Mia. Copy paste bak kata omputih.. Kalau dilihat sekali pandang teringat zaman Kak Engku muda-muda dulu. Manis sahaja!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YM Raja Azura @ K.E (@raja_azura)

Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata warganet memberi pendapat bahawa muka mereka berdua hampir sama lebih lagi di bahagian mata dan bibir kerana bentuk mata dan bibir mereka seakan sama. Di ruangan komen juga turut dihujani pujian kepada Kak Engku yang dilihat kekal awet muda ketika bergambar dengan anaknya yang berusia … tahun itu. Siap ada yang meminta petua dan rahsia kekal awet muda ya!

Sebelum ini, Kak Engku ada membuat satu perkongsian lagi mengenai anak bongsunya, Mia yang sebenarnya sudah mula ikuti jejak Kak Engku dan sekarang Mia sedang belajar di Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur. Wah! Bukan sahaja muka seakan sama malah Mia juga berjiwa seni seperti ibunya.

Terdahulu, Kak Engku pernah berkongsi bahawa dia sangat mengambil berat tentang kesihatan diri walaupun sudah berusia dan memiliki tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq, Megat Luqman Hakim, dan Puteri Mia Maizurah. Difahamkan kini Kak Engku telah menjadikan bidang seni hanya sebagai hobi kerana sekarang beliau hanya mahu memberikan fokus lebih kepada keluarganya.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Raja Azura ‘Banjir’ Lihat Nasib Anak-Anak Yatim

Raja Azura Kembali Berlakon

 

 

 

Sumber: Instagram Kak Engku

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement