Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Minta Doa Mudah Urusan Dari Peminat, Neelofa Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

Kini, Neelofa pula memuat naik tiga story dan posting yang sama dengan meletakkan tiga petikan doa agar Tuhan melapangkan hati dan mempermudah urusannya serta memohon peminat mendoakan untuk dirinya.

Published

on

Media sosial kecoh dengan desas-desus tentang usahawan terkenal, Neelofa bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Mengukuhkan spekulasi ini lagi apabila akaun Instagram peminat pasangan tersebut, @lofa.haris dan @neelofaharrisofficial memberi ‘hint’ beberapa kali berkongsi foto dengan kapsyen; “Jom kita hitung hari. Rasa-rasa berapa hari lagi?”.

Malah, tersebar juga sekeping gambar yang memaparkan Haris berada di sebuah kedai songket bersama seorang lelaki yang dipercayai ahli keluarga Neelofa. Foto itu juga membuatkan netizen andaian Haris sedang membuat persiapan hari bahagianya.

Kini, Neelofa pula memuat naik tiga story dan posting yang sama dengan meletakkan tiga petikan doa agar Tuhan melapangkan hati dan mempermudah urusannya serta memohon peminat mendoakan untuk dirinya.

May be an image of ‎text that says "‎neelofa 1h اللهم الحزن تجعل ابت سها جعلته ما إلا سهل سهلا سنت إذا Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya. استغیث برحمتك قيومُ یا Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan. أمري لي ويسر صدري لي اشرح رب Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku Reply to neelofa...‎"‎

May be an image of text that says "neelofa dengan rahmatMu aku meminta pertolongan ya Allah.. doakan saya dalam doa doa kalian 1h"Permintaan Neelofa itu disambut baik rakan artis dan peminatnya yang turut mengaminkan doa yang dikongsikan.

Malah, ada juga yang meluahkan rasa tidak sabar menanti hari pernikahannya yang mungkin akan berlangsung pada hujung minggu ini sama ada Jumaat atau Sabtu.

May be an image of one or more people and text that says "fauziahlatiff Ameen 49m 4 likes Reply almynadiaofficial Amin aminnn insyallah babe @neelofa 1h 172 likes Reply hazwanihelmi 1h 174 likes Reply View replies (1) shalmaainaa Amin ya rabb 1h 191 likes Reply"May be an image of text that says "neemmylya ameeeen cant wait or your big dayyy 1h 66 likes Reply cik.azreen amin semoga dipermudahkan lofa..background tu .happy for u Ih 41 likes Reply View replies emeraldoutlet 1h 25 likes Reply"

Apa pun di sebalik permintaan Neelofa, kami doakan supaya semua perkara dipermudahkan. Jangan risau, benda baik Allah pasti tolong.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Artis Buat Nampak OK Je, Itu Salah..”- Neelofa Ditegur Bergambar Diapit Abang Ipar

Neelofa Kongsi Video Pendek Perkahwinan Kakaknya, Noor Nabila Sah Nikahi Engku Emran

 

 

 

 

Sumber: kosmo , instagram

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement