Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Michael Ang Tunaikan Janji, Beri RM500 Seorang Kepada Yang Berjaya Buat Lockdown Kendiri

Michael Ang membuat satu initiatif untuk menggalakkan lebih ramai lagi rakyat melakukan lockdown kendiri dengan menawarkan mereka wang ringgit.

Published

on

higPada 22 Mei yang lalu, seorang pengarah terkenal, Michael Ang melalui laman Instagramnya berkongsikan satu posting di mana dia berniat untuk memberi RM500 kepada 10 orang yang dapat membuktikan mereka telah melakukan lockdown kendiri. Ketika ini lockdown seluruh negara masih belum dijalankan namun kerajaan ada menggalakkan supaya rakyat melakukan lockdown kendiri di rumah kerana angka jangkitan Covid-19 yang mula meningkat dengan pantas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Baca juga: Teruk Dihentam, Prof Muhaya Tampil Mohon Maaf Dan Beri Penjelasan Isu “Buat Bodoh-Bodoh”

Oleh itu, Michael Ang membuat satu initiatif untuk menggalakkan lebih ramai lagi rakyat melakukan sedemikian dengan menawarkan mereka wang ringgit. Bukanlah untuk menunjuk kaya atau terkenal, ini adalah salah satu cara Michael membantu negara yang sedang “sakit” dan juga sekaligus dapat membantu masyarakat yang memerlukan wang ketika musim pandemik ini.

Kata Michael menerusi postingnya yang terdahulu itu, dia akan mula memilih dan memberikan wang tersebut pada 10 Jun iaitu semalam. Bersikap benar dengan kata-katanya, tepat jam 12 malam pada 10 Jun, Michael Ang umumkan 10 nama mereka yang bertuah memenangi wang tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Apa yang menarik dan lain daripada yang lain, Michael Ang berkata dia memilih 10 orang tersebut secara rawak. Tiada bukti perlu ditunjukkan bahawa mereka memang telah melakukan lockdown kendiri kerana Michael ang menganggap semua yang turut serta ini jujur. Jika tidak pun Michael Ang percaya itu adalah dosa antara individu tersebut dengan Tuhan mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Apa yang dia boleh lakukan sekarang adalah untuk percaya sahaja kepada mereka dan bantu semampu mana yang dia boleh. Michael Ang turut dilihat meminta maaf kepada mereka yang tidak dipilih dan berkata, “hanya ini sahaja yang saya mampu”.

Sebenarnya jika dikira banyak juga yang telah Michael Ang sumbangkan. Jika seorang diberikan RM500 maka jumlah keseluruhan wang yang diagihkan adalah RM5000. Apa pun, kita doakan agar Michael Ang dimurahkan rezeki selalu.

Baca juga: Sumbangan Ikhlas Neelofa, Pesakit Covid-19 di Melaka Terima 15 Buah Katil

Sumber: Michael Ang

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement