Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Merokok Tak Takut Tapi Kena ‘Blood Clot’ Sebab Vaksin Takut Pula..” – Netizen Mempertikai Vaksin AstraZeneca

Semalam tular di media sosial mengenai pendaftaran vaksin AstraZeneca. Namun ada di kalangan kita yang meragui keberkesanan vaksin ini dek kerana…

Published

on

Semakin mencanak kes jangkitan pandemik COVID-19 dalam Malaysia ini, semakin kita tidak senang duduk dan takut untuk keluar rumah. Vaksin AstraZeneca dibuka untuk pendaftaran kepada rakyat Malaysia khususnya yang berada di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Pendaftaran secara suka rela yang dibuka pada jam 12 tengah hari semalam mendapat sambutan yang baik daripada rakyat Malaysia yang berpusu-pusu mendaftarkan diri untuk mendapat vaksin tersebut. Orang kata, laku macam goreng pisang panas!

Namun begitu, ada juga segelintir daripada rakyat Malaysia yang masih dalam fasa ragu-ragu untuk mendaftarkan diri bagi mendapatkan vaksin baharu ini. Mungkin juga dek kerana pihak berkuasa tidak menerangkan secara lebih teliti mengenai vaksin ini atau kemungkinan mereka berasa takut disebabkan beberapa isu penerima vaksin AstraZeneca di beberapa luar negara yang tidak berjaya akibat daripada darah beku.

Baca juga:[VIDEO] “Dah Tak Kisah SOP Ke..?” – Netizen Persoalkan Salah ‘Siapa’ Rakyat Langgar SOP

Namun begitu, meninjau di sebuah ciapan yang tular di Twitter, nampak gayanya ramai di antara kita yang telah membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat andaian tersendiri. Ini adalah langkah yang harus dipuji kerana telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia amat mengambil berat mengenai hal ehwal isu semasa. Apabila menyebut mengenai hal vaksin ini, pemahaman secara menyeluruh adalah penting daripada dasarnya sahaja.

Bagaimanapun, ramai di antara kita yang berjaya menempahkan nama untuk mendapatkan vaksin ini. Syabas rakyat Malaysia! Terbukti bahawa kita sebenarnya senantiasa menunggu vaksin daripada pihak berkuasa. Cuma sekarang kita harus menunggu dengan lebih sikit bagi mengutamakan mereka yang berada di fasa 1 dan fasa 2. Apa yang kita boleh lakukan pada masa ini adalah menurut perintah kerajaan, mengamalkan penjarakan sosial dan teruskan mengikut Operasi Standard Prosedur (SOP).

Baca juga: Terus Cetus Kontroversi, Neelofa Rentas Negeri Lagi Ke Kedai Karpet?

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Twitter

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement